»

Friday, February 6, 2015

Bahagia kan?

Alhamdulillah. Syukur pada Allah dengan segala yang Dia kurniakan. Untuk kebahagiaan & kesederhanaan hidup. Untuk setiap kasih sayang yang di terima & setiap limpahan rezeki yang di beri. Tak pernah terbayang, ini yang akan aku lalui sekarang. Syukur pada Allah yang tak putus memberi. Kalau nak di banding bakti aku pada Dia, tak layak sebenarnya untuk aku peroleh semua ni. 



Punya suami. Yang pejam celik dah nak dekat 100 hari kami bergelar suami isteri. 


Dan yang paling membahagiakan kami.
Allah kurniakan kami rezeki zuriat yang dah aku kandung kan 13 minggu.  


Jujur nya rasa tak sabar. Tapi dalam hati ada sedikit gentar. 

Aku redha dengan dugaan Allah beri sekarang ni. Selera makan di tarik sementara, berat badan susut, wajah kusam tak bermaya. Apetah lagi badan yang langsung tiada tenaga. 


Tapi, Allah itu Maha Adil. Mungkin hari ni alahan mengandung buat aku rasa terbeban. Siapa tahu kalau nanti anak yang lahir tu Allah jadikan anak yang soleh untuk ibu bapanya. Kan? 



Percaya dengan setiap apa Allah beri. Setiap rezeki Allah tulis. Walaupun macam susah nya nak percaya dah kahwin bakal jadi ibu pulak tu. Tapi gembiranya, alahai. 

0 complain(s):