»

Friday, October 14, 2011

Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang hidup sehingga hari ini. 22 tahun hidup telah mengajar aku banyak makna kehidupan. Tak semua nya indah, tak selalunya pahit. Aku bersyukur dengan segala kesenangan hidup, kesihatan tubuh badan yang telah diberikan. Aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang harmoni dan dari keturunan yang baik-baik. Aku bersyukur diberikan kawan-kawan yang baik. Alhamdulillah, sesukar mana dugaan yang datang pun aku boleh atasi dengan baik. Semua dengan bantuan Allah. Aku berharap agar tuhan tu sentiasa kuat kan hati aku dalam menghadapi dugaan-dugaan yang lebih besar akan datang. InsyaAllah. Semoga aku dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki. Dan sentiasa dilindungi dari anasir-anasir jahat. Amin.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 complain(s):