»

Saturday, December 11, 2010

Pray for me, one day.

Waktu cuti ni masa banyak di habiskan dengan mengadap laptop online dari pagi sampai ke malam. Takde life langsung kan ? Tu lah, bila takda duit life pun takda lah. Hehe Dengan boyfriend yang jauh di perantauan lagi, sedih betul. Jadi masa yang terlebih-lebih ni di gunakan untuk melawat blog-blog orang tengok orang tu follower beribu-riban. Follower aku ? Hampesss tapi still thank you very much untuk follower follower yang memilih untuk follow blog ni.

Tengah seronok melawat, terbaca satu artikel dekat blog orang ni. Bercakap tentang hukum perempuan bertudung yang bersanggul tinggi. Sebenarnya, baru tau yang hukum bersanggul tinggi adalah di larang. 

Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).

akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.”

hadis di ambil dari sini & sini , sini
 

Honestly, suka sangat bila tengok perempuan bersanggul tinggi bila pakai tudung atau selendang. Macam Cikgu Siti dalam cerita Syurga Cinta series tu. Pernah berangan bila satu hari nanti dah pakai tudung nak ada sanggul tinggi macam tu jugak. tapi bila baca blog someone ni, now dah tau la serba sedikit hukum bagaimana memakai tudung. I'm looking forward to wearing hijab one day but not now. Memakai tudung adalah sesuatu amalan yang di tuntut dalam islam. Wajib menutup aurat. I know that. Cuma "ada perasaan nak memakai tudung" sahaja tidak lah cukup. Bila bua sesuatu amalan kita harus lah ikhlas dan berterusan. And bila berniat memakai tudung tu pun mesti lah berterusan. Tak nak lah jadi macam yang kita boleh tengok sesetengah orang sekarang pergi tempat ni pakai, tempat tu tak pakai. Dengan orang ni dia pakai, dengan orang tu dia tak pakai. Pakai tudung tapi buat perkara-perkara yang terlarang dalam islam. Walaupun ianya adalah dosa kecil atau makruh. pakai tudung tapi pakai baju yang menampakkan susuk badan, hukum dia berdosa jugak kan ? Atau pakai tudung sebab nak tutup keadaan rambut yang tak lawa. Hukum islam bukan sesuatu yang boleh di buat main. Betul tak ?

Tapi insyaallah satu hari nanti akan tiba masa untuk memakai tudung. Doa kan lah. Bila hati betul-betul dah bersedia. Pernah satu hari tu tanya dekat boyfriend "Macam mana kalau baby pakai tudung. B kisah tak?" Ok, I don't know what kind of question is that tapi terkeluar dari mulut. And boyfriend jawab "B tak kisah pun kalau baby pakai tudung. Benda baik. Tapi bila dah pakai tudung kena lah behave, jaga perangai. Bukan pakai tudung tapi dosa lain buat jugak." Tapi betul kan apa boyfriend cakap ? Pakai tudung tutup aurat bukan main cantik tapi perangai tak semenggah.

gambar hiasan. di ambil dari owner photo album.
Sebelum memilih untuk memakai tudung, I really need to Muhasabah diri and ubah diri ke arah yang lebih baik dari segala aspek. Insyaallah, satu hari nanti.

p/s : segala yang di tulis tidak merujuk kepada sesiapa. Harap maklum.

0 complain(s):