»

Tuesday, November 23, 2010

"Aku, adalah lelaki yang tak pernah lelah mencari wanita"

Itu hanyalah sekadar tajuk, tak merujuk kepada diri. Saya adalah seorang perempuan, bukan lelaki.

Topik utama hari ni adalah Lelaki.
(amaran keras : Penulisan ini Tidak merujuk kepada sesiapa. Penulisan ini adalah random berdasarkan pemerhatian/pengalaman. Tidak dibenarkan melakukan sebarang kekerasan terhadap penulis & blog jika apa yang dikongsi tidak seperti yang anda fikirkan. Sekian.)

Sebenarnya tidak ada yang serius pun nak di kongsi. Err kejap, switch kepada mood pasar sebab ayat awal macam terlalu baku & terasa tak selesa.

Okay, mungkin tak semua lelaki macam ni tapi berdasarkan pemerhatian, kebanyakan lelaki (bukan semua) hanya manis & indah di awal perkenalan dan akan mula berubah masuk bulan ke-2 atau ke-3 hubungan. Bukan bermaksud bila lelaki dah tak semanis & seindah dulu maknanya tak sayang. Cuma cara layanan mereka terhadap wanita tu yang berubah. Ada sesetengah lelaki, bila tak manis still jugak dia sayang girlfriend dia gila babi, ada setengah lelaki bila tak indah terus naik menyampah tengok muka girlfriend sendiri. 

Soalan yang sering bermain dalam kepala. Kenapa eh lelaki macam ni ?

Ok, kita bercakap mengikut stage lagi senang nak explain dan tak melalut kot ? (KOT)

Stage pertama. Awal perkenalan.
Si jejaka akan cuba apa cara sekalipun untuk menarik perhatian gadis yang dia suka. Mula tegur, berkawan, tukar number telephone, start add dekat Facebook and etc. Sekarang dunia dah maju, macam-macam cara boleh guna untuk berkenalan. Bila dah sebulan dua kenal si gadis and dia macam bagi respon baik bila jejaka bagi hint ala-ala nak mengorat dan memberi harapan "I tak macam lelaki lain. I takkan sia-sia kan you. I takkan kecewakan you". Kalau dah jejaka suka, respon gadis positive, jejaka pun mintak declare as couple. Wah! si gadis setuju! 

Stage kedua : Bulan pertama dan ke-2 selepas declare.
Waktu ni Jejaka mood bercinta lagi. Bangun pagi ingat gadis, Tidur malam ingat gadis, nak buat apa semua ingat gadis. Boleh cakap bangun je pagi akan mula message & tak berhenti sampai la nak tidur nanti. Itu pun kalau nak tidur rase bukan main berat lagi nak cakap good night. Bukan main berat lagi nak lepas handphone. Kalau boleh pergi mandi pun nak bawak handphone sekali. Bagi siapa-siapa yang guna postpaid tu, Setiap malam confirm akan bergayut telephone sampai 2 3 jam. Tak pun curi telephone mak buat call gadis. Setiap saat, minit, jam jejaka nak cakap "I love you, I rindu you, I nak jumpa you, I nak 24/7 dengan you." Kalau mana yang rumah dekat, tempat belajar sama, mesti nak habiskan satu hari suntuk bersama. Duduk la kau dekat kedai makan shopping mall tu dari kedai tu bukak sampai tutup. "Gua Sanggup!" Jejaka cakap.

Stage ketiga : Bulan ke-3 sehingga ke bulan ke-6 yang pertama. (PERUBAHAN PADA LELAKI BERMULA DI SINI)
Dah boleh nampak kemalasan jejaka ni. Dah boleh nampak sikit-sikit taring dia. Dah boleh hidu sikit-sikit true color dia. Dah boleh dengar dia bagi alasan itu ini. Dah boleh mula dengar jejaka complain itu ini, tipu sunat itu ini. Dah boleh nampak sikap acuh tak acuh dia tu. Kalau dulu message pagi sampai malam tak berhenti, sekarang timing message kurang kepada sejam sehari. Kalau dulu bergayut telephone 2 3 jam sampai pukul 4 5 pagi, sekarang on the phone 30 minit pun jejaka dah terasa lama. Kalau dulu siang malam jejaka untuk gadis, sekarang siang untuk tidur, petang untuk keluar main bola, malam untuk keluar lepak dengan kawan, tengah malam baru balik rumah. Jadi bila masa untuk gadis? Ada tu haa di celah-celah waktu tu.

Stage ke-4 : Bulan ke-7 sehingga cukup setahun hubungan.
Ini orang cakap dah tahap klimaks cerita. Sebab within this month, jejaka dan gadis akan mula bertengkar. Selisih faham sana, kecik hati sini, sentap sane, marah sini, tak puas hati sane, malas nak ambil port sini. Kalau tak hari-hari pun, seminggu sekali mesti ada selisih faham, mesti bergaduh. Dalam tempoh ni jugak, nak harapkan jejaka call? Miss call pun susah dapat der. Ape tah lagi message. Dah takde I love you, I nak you bagai dah. Palsu je semua tu. Kalau dulu 12 jam duduk kedai makan sebab nak tenung muka gadis lame-lame, sekarang nak ajak keluar pun susah. Nak tgk batang hidung ape tah lagi. Jejaka dah tak macam Stage pertama & stage kedua dulu. Tapi takdelah jejaka tu totally ignore gadis macam tak wujud cuma dalam tempoh ni, gadis bukan lagi priority. Masih lagi keluar date, masih lagi message, masih lagi call. Cuma tak seperti stage pertama dan ke-2 dulu la. Orang cakap mase ni dah mula rasa pahit bercinta tu macam mane.

Stage ke-5 : tahun pertama sehingga tahun seterusnya.
Keadaan masih sama. Cinta biase la, ada pasang surutnya. Kejap baik, kejap gaduh. Kejap break lepas tu tiba-tiba rindu, baru nak terasa sayang so couple balik. Tapi itu semua banyak bagi pengajaran dekat pasangan jugak. Bila bergaduh, gadis akan tau ape jejaka tak suka. Bila gadis marah jejaka akan tau ape yang boleh buat gadis marah. Jadi boleh baiki diri masing-masing untuk jadi lebih baik untuk masing-masing jugak. TAPI KALAU STILL BUAT JUGAK PERANGAI SAME, MEMANG MINTAK KAKI SIZE 10 LA TU!. Apa yang bagus lepas bergaduh is ada heart-to-heart conversation. Lepas dah seronok marah segala, bila tahap kemarahan both side pun dah reda try explain in a good way, slow talk to settle salah faham tu. Baru la boleh learn from mistake. Sedangkan lidah lagi tergigit, ape lagi orang bercinta ni kan? 

Kadang-kadang benda kecik pun boleh jadi point gaduh. Ade setengah orang, dia memang saje cari pasal. Sebab dah lame tak gaduh jadi relationship dah jadi tak fun. So die cari pasal and then gaduh. Tapi tak kemana pun nanti. Terpekik terlolong dalam phone nanti baik jugak. Pernah la terbaca satu quotes ni "I fight because I care." Yela, kalau dah tak kisah pergi la mati kau nak buat ape kan? 

Jadi untuk jejaka-jejaka sekalian, kalau korang rase Gf korang sekarang dah tak marah, complain, emo dan berperangai kontra dari yang sepatutnya, macam ada tanda-tanda yang Gf korang dah tak kisah dengan kewujudan korang. Cuma tunggu masa untuk break-up sebab perempuan akan mintak break bila diorang dah half move on. 

Dan untuk gadis-gadis, jangan la rasa bila jejaka tu berubah perangai bermakna jejaka tu tak sayang. Dia sayang. Give and take la. Masing-masing ada hidup masing-masing. Masih lagi terikat dengan keluarga, ada kawan-kawan sendiri. Ada la time-time nak inlove sangat. Still bagi jejaka, gadis tu adalah priority bagi dia selepas family walaupun masa dia banyak dihabiskan dengan kawan-kawan. Cuma yela, diorang nak la simpan saat-saat manis tu untuk lepas kahwin nanti. Kalau mase bercinta je bukan main cinta-mati you jump I jump, takde la yang special lepas kahwin nanti kan ? Kahwin untuk selamanya, bukan sebulan dua lepas tu cerai. Nauzubillah, mintak la di elakkan. Lagi pun, time belum berkeluarga ni jela diorang boleh keluar lepak dengan kawan sampai 3 4 pagi. Korang yang gadis-gadis ni nak ke jejaka korang keluar sampai lewat malam lepas kahwin nanti? Mesti tak nak kan? (:

8 complain(s):

Ain Atika Zailani

haha..biasalah tu. bila x dapat try selagi boleh...bila dah dapat buat tak nampak je...xboleh nak salahkan laki je.girl pon kadang kadang ada salah jgk yg buat laki bengang.huhu.

nard.z

tapi kalau asyik perempuan je nak faham lelaki pun susah jugak kan? camne care nak cakap kat dye bg dye faham? lelaki ni suke amek mudah. benci plak orh.

Workshop Gurl

haha...cha, boleyh x lau i nk kate 'boys, their mouth is bull****..dont trust them' sekian :D

matahari

Ain Atika : yeap true ! Infact tak semua lelaki macam tu, and ade jugak jenis perempuan yang tak reti appreciate bf depan mate. so no different pun. (:

Nard : sbb to them benda tu simple je, sbb tu suka ambil mudah. And kita ni as perempuan je yg selalu emo lebih padahal. Tau la perempuan macam mane kan. And lelaki pemikiran die xmcm kita. Die mungkin faham, tp tak reti nak praktikkan kefahaman die kot? who knows kan? (:

Naby ; haha jgn marah sgt. Tak semua lelaki macam tu. kalau tak, how can ur mother married your father kan? (:

Ayyman Rahim

Berpengalaman sangat ye cik Matahari. Motif berpengelaman? Hahaha :)

matahari

Motif nak tau ? haha.
pengalaman la. orang cakap 1st love tu makan 4 tahun jugak.belum campur masalah keretakkan yang dialami sahabat rapat lagi. haha belum masuk yg cinta bersama monyet dan beruk2 lagi :P

ZeIkHa

arghh laki.. ak da knl sgt.. sume stage y ko cter kt atas 2.. sume ak da alami kot.. hehehe.. ad ap ngan laki.. jap ag stage tmbhan ader backup gf.. cm ak.. nyer jer kot..

matahari

zeka : huu tak boleh la nak salahkan lelaki 100%. sebab dh memang tuhan ciptakan lelaki nafsunya satu iaitu wanita. Jadi nak buat macam mane. Kita yg as perempuan ni kene la berfikir guna akal bukan main sauk je mane2 lelaki yg dtg. Huuu kau pun patah hati bukan sebab ape. Dah kau tau die tu ade gf knp tggu die lagi? Sbb janji manis dia? Alahai, janji manusia tak semua boleh guna.