»

Friday, September 24, 2010

Itu adalah karma tercantik buat kau sayang :)

What goes around, comes around. 
What goes up, must come down. 
Now who's cryin, desirin to come back.



Itu yang Alicia Keys cakap. Tapi this time aku taknak cakap pasal apa yang Alicia keys cakap. Tapi nak cakap pasal apa yang kau pernah cakap. Ye, kau. Aku tak pernah pun berdoa benda ni jadi pada kau. Tapi tuhan maha adil. Dia boleh bayar cash dekat kau, tak payah tunggu lama.
Pernah kau fikir apa orang rasa bila kau selalu bercerita buruk tentang orang dekat orang lain? Kutuk orang berbakul-bakul dekat kawan-kawan kau yang totally alien, Sebar entah apa-apa cerita dongeng rekaan kau sendiri. Dan mula lah berlagak macam kau insan paling tak bersalah dan tak pernah melakukan salah. Jujur aku cakap, aku takkan pernah maafkan kau dan jugak kawan-kawan kau yang entah siapa-siapa aku tak pernah kenal atas segala cerita buruk yang dijual. Kau memang nampak aku diam, tak melawan. Cuma kau kena ingat, diam tak bermakna takut. Cuma aku taknak tergolong dengan orang seperti kau dan kawan-kawan kau. Aku tak kata kau hina,cuma sikap kau tu menunjukkan kau ni jenis orang macam mana.Ah, kau boleh faham kan apa maksud aku.
Aku taknak bercakap panjang. Cuma sekarang, kau dah jumpa dengan karma.So, pendapat kau dia macam mana? Menarik tak ? Apa kau rasa bila kawan-kawan rapat kau buang kau di sebabkan masalah sikap kau? Apa kau rasa bila kawan-kawan kau canang semua keburukan kau ? Apa kau rasa bila orang semua pandang kerek dekat kau lepas dengar semua perangai buruk kau? Kau suka tak ? Aku bertuah sebab aku ada kawan-kawan yang terlalu contra dengan kawan-kawan kau. Kalau dulu kau rasa semua orang suka pada kau. Banyak fan lah kan, sekarang kau kena la terima hakikat yang semua tu pura-pura je. Sekarang ni kawan terbaik kau tinggalkan kau. Sebab tu orang cakap, biar orang buat kita. Jangan kita buat orang. Sebab orang yang buat kita tu akan kena lagi teruk daripada apa yang kita dapat. Kau, makhluk asing dalam hidup aku burukkan aku dekat kawan-kawan kau. Dekat orang yang aku sendiri tak pernah tau kewujudan dia. Dekat orang yang tak pernah sekali pun mengenali aku. Tapi apa yang jadi dekat kau ? Orang terapat kau pulak yang buat semua tu pada kau. Aku cuma nak tanya, sekarang apa kau rasa?

0 complain(s):