»

Monday, June 21, 2010

Wardrobe clearance!

Hye.
Setelah dua minggu saya bermalasan di rumah, hari ni saya telah merajinkan diri membuat kerja rumah. LOL bukan kerja rumah pun sebenarnya. Dah sesak nafas duduk berkurung dalam bilik yang penuh dengan baju-baju macam dekat pasaraya Mydin. Ceruk sana ada baju, Ceruk sini ada seluar. Sampai bila nak keluar, cari semua baju pun tak jumpa sebab dah tak tau ada dekat ceruk mana.

Jadi hari ni terpaksa merajinkan diri untuk mengemas almari 3 pintu yang sarat dengan baju. Boleh imagine tak berapa banyak baju yang ada? Almari 3 pintu pun dah sarat, belum yang ada dekat ceruk sana ceruk sini lagi.


Ni keadaan pakaian masa mula-mula punggah almari. Ada baju kurung, baju casual, baju jalan, baju rumah, baju tidur, baju pergi kenduri, baju pergi dinner, baju pergi dating dan macam-macam lagi. Ini baru yang letak atas lantai. Ada setengah lagi baju atas katil. Kalau tengok secara live, mesti ingat dalam bilik ni tengah buat jualan lambak macam dekat Danau Kota tu.


Baru kurung je dah penuh setengah almari. Ada lebih kurang 20 lebih pasang baju kurung yang tak tahu bila masa tah nak pakai sebab UiTM wajibkan pelajar pakai baju kurung 2x seminggu je. Membazir kan? Jadi the best way nak kurangkan jumlah baju kurung adalah sedekah kepada saudara mara yang sama size. Ada kawan-kawan suggest suruh buat jualan online. Tapi tak minat lah. Lagi pun takkan ada buyer yang nak beli nanti. So, kepada saudara mara tersayang, nanti kan kedatangan saya ke rumah anda :)


Almari dah penuh. Tapi ni baru half way kemas and baru half daripada baju-baju yang dilambakkan tadi. Untuk pengetahuan, Saya tiada adik beradik jadi kesemua pakaian dalam almari adalah pakaian saya, tak share dengan orang lain. Patut mak saya selalu bising bila saya merungut takda baju dan beli baju baru. Bila dah kemas and tengok sendiri keadaan almari, baru nak cakap yang mak tu betul. Hehe Saya baru perasan yang saya kekurangan jeans. Jadi minggu depan masa keluar dengan Petra saya nak beli jeans. Yeay! 


Trip terakhir. Longgokan baju yang tinggal ni terdiri dari baju untuk pakai harian je. T-shirt, seluar pendek, seluar panjang, seluar bersuku-suku. Macam tak sangka ada banyak macam ni sebab saya selalu rotate pakai t-shirt yang sama je. Macam lah kekurangan t-shirt untuk duduk rumah. Tapi tu lah. Kan saya cakap baju saya banyak di ceruk-ceruk. Bila dah tersorok tu, saya terlupa yang saya ada baju selain yang saya rotate tiap-tiap minggu. Mak saya cakap lagi, kalau saya dah kahwin mesti suami saya pening tengok baju saya yang melampau-lampau banyak ni dan confirm kena ada bilik letak wardrobe untuk baju-baju saya je.  

Bukan main penat lagi nak kemas semua baju-baju. Mana yang saya nak, saya simpan. Yang dah taknak saya bagi orang. Tak pun kalau keadaan baju dah tak elok saya buang. One thing yang saya baru perasan. Maid saya suka lipat baju tapi tak terbalikkan keadaan baju tu. Kalau tak faham, fahamkan sendiri la. Sebab susah nak explain. So, baju semua dah siap kemas. Tinggal barang-barang pusaka lain pulak nak kena settle kan. Tapi, nanti-nanti lah. Bila dah naik part 6 ni, buku-buku lama dalam bilik ni dah macam dalam perpustakaan banyak dia. Yang beza cuma tak ada rak buku je. Oh, tadi cakap bilik macam Mydin, sekarang perpustakaan pulak? Alah takpelah. 2 in 1 la. 

Btw, comel tak bila saya menulis blog berbahasa melayu sopan macam ni? Mesti siapa yang baca gelak-gelak kan bila terbayang saya bercakap sopan macam ni? Macam boyfriend saya gelak bila saya tulis dalam English sebab dia cakap English saya broken habis. Hikk B, baby dalam proses pembelajaran lagi ni. B kene la betul kan bila baby salah ok? muah. ;D