»

Monday, December 28, 2009

Vitamin C


Tak sabarnya, seronok nya!
Teruja betul aku tengok student yang dah nak continue degree ni. Well, finally cukup dah 3 tahun diorang sebagai pelajar diploma. Tahun depan, boleh naik stage untuk ambil scroll. Pakai jubah & topi petak tu. Mak ayah tok nenek datang tengok Majlis Konvokesyen. Aku sendiri tak dapat nak gambar kan macam mana perasaan diorang. Sebab masa aku untuk itu, masih jauh lagi. Semua dah duk gembira dapat jawapan continue ke degree. Ada yang di tempat sama, ada yang bertukar kampus. Apa-apa pun tahniah untuk mereka.

Setahun lagi untuk aku tamatkan Diploma dengan cemerlang. Insyaallah. Banyak yang aku perlu baiki ni. Buang segala malas tu insyaallah boleh la cemerlang. Tapi nak buang sifat malas tu yang tak berapa nak cemerlang. Aku rasa, semester 4 adalah semester paling teruk untuk aku. Result semester 4 pun adalah result paling teruk antara semester lain. Dah terhantuk baru nak tergadah, kan dah tak guna sekarang.

Betul aku tak sabar nak habiskan diploma aku ni. Dan tak sabar nak menerjah masuk ke level degree. Gila tak sabar aku nak grad. Gila tak sabar aku nak pakai jubah & topi konvo. Gila tak sabar nak naik stage dengan baju baru, semua baru, sengih-sengih atas stage salam dekan sambil diperhatikan keluarga kat bawah. Gila tak sabar nak gantung gamba konvo kat dinding rumah. Gila tak sabar nk ajak keluarga sahabat handai datang konvokesyen aku nanti. Woah. Tapi, kau rasa nak ke ayah akudatang majlis Konvokesyen aku? Oh, salah soalan. Kau rasa aku jemput tak ayah aku ke majlis konvokesyen aku tu? Aku pun tak pasti sebab disebalik kejayaan aku, hanyalah ada Mama. Ajim? Dia tak pernah ada disebalik kejayaan atau kegagalan aku. Dia tak pernah ada. Mana dia pergi, aku pun tak pasti. Kejap, aku rasa terlalu awal untuk aku cakap tentang kejayaan sedangkan aku masih ada dua semester untuk hidup. Mampukah aku nak telan suka duka Perakaunan ni? Aku sendiri tak pasti dengan kebolehan aku. Cuma apa yang aku harapkan adalah yang terbaik. Cuma alhamdulillah, aku bersyukur aku mampu sampai ketahap ini.

Kenapa lah aku semester 4 sekarang? Kenapa bukan di semester 3? Kalau tidak, mesti aku adalah salah satu pemohon yang terus apply untuk ke level degree. Mesti aku tak akan fikir sejauh mana kelayakan aku. Mesti aku tak sedar diri bajet aku pandai hebat segala. Baru semester 4 diploma, dah terkontang kanting. Ini pulak degree? Jangan bermimpi.

Aku selalu fikir macam mana masa depan aku nanti. Aku harap sangat ada orang boleh bagi tau macam mana kehidupan aku di masa akan datang. Berjaya ke aku? Kerjaya aku macam mana? Kehidupan aku macam mana. Siapa suami aku, dan macam mana dengan keadaan keluarga aku? Aku berharap gila aku tau semua tu sebab kalau masa depan aku tak secerah matahari, aku mesti akan berusaha sedaya upaya untuk merubah keadaan. Tapi itulah sebab tuhan rahsiakan macam mana masa depan kita. Sebab tuhan nak kita terus berusaha tanpa henti untuk dapat yang terbaik. Bukan untuk orang lain. Tapi untuk diri kita jugak kan?

Tahun ketiga. Sepatutnya aku sudah pun ada perancangan awal untuk degree aku nanti. Tapi sampai sekarang aku masih tak berapa pasti mana satu yang aku patut pilih. B.ACC memang tak mungkin. Aku tak berani tanggung risiko. Aku lebih berminat untuk ke Finance or Banking. Betul atau tak pilihan aku, itu yang aku tak tahu. Entah layak entah tidak. Itu lagi aku musykil. Cuma kawan, doakan sajalah aku selamat habiskan perjalanan ke destinasi. Amin.

0 complain(s):