»

Friday, December 4, 2009

Oh secret admirer, When you're around the autumn feels like summer

Aku perlukan tempayan. Mungkin lagi besar dari tempayan? Untuk sorok muka dah tubuh aku sekarang ni. Aku dalam kecemasan. Betul-betul kecemasan. Tolong call 999, ini kecemasan.

Pernah tak kau berdepan dengan situasi macam ni.

Kau admire seseorang. Tapi dalam diam. Kau selalu nampak dia setiap kali kau nak ke kelas, balik kelas, dan hari-hari bangun pagi kau di sertakan dengan harapan, kau akan jumpa dia. Bila terserempak, kau berharap sangat yang selama ni dia perasan kewujudan kau di muka bumi ni. Tapi kau sedar diri, yang kau bukan artis atau model terkenal untuk die perasan kehadiran kau. Sebelah mata pun mungkin dia tak pernah pandang.

Tapi, macam mana perasaan kau bila Dia tiba-tiba menawarkan diri untuk berkawan. Ye, kawan biasa bukan istimewa dan memang mustahil untuk jadi yang istimewa. Walaupun sekadar kawan, kau mesti seronok kan? Orang yang kau admire offer diri untuk berkawan, siapa tak gembira?

Dulu masa dari jauh, kau harapkan yang dia sedar kewujudan kau. Dulu kau hanya mampu lihat dari jauh. Kau hanya mengenali dia dari jauh. Kau stalk dia hari-hari, dari jauh. Tapi sekarang, berbeza dari dulu. Katanya, dia sudah lama sedar kewujudan kau. Dan yang paling  mengejutkan, dia sedar yang selama ni kau stalk dia hari-hari dari jauh. Die perasan apa je gerak perlakuan kau terhadap dia. Walaupun pada waktu itu kau rasa kau dah habis baik cover line taknak kantoi. Taknak tuan punya badan tahu.

Sekarang mesti kau tau macam mana malunya aku. Dan aku tak tahu, bagaimana cara aku nak tutup muka ni supaya aku takkan pernah segan mengadap dia lagi. Dan yang paling aku harapkan, masa boleh diulang kembali supaya masa tu aku boleh stalk dia dengan lebih berhati-hati. Supaya dia tak pernah sedar yang selama ni aku stalking dia. Malu memang malu. Tapi apa je pun yang aku boleh buat untuk menutup malu?

Mungkin aku patut buat plastic surgery sekarang. Jadi, dia takkan tahu yang aku adalah aku. Walaupun dia cakap bukan lah kesalahan pun bila aku stalk dia, dan dia tak pernah marah atau kisah tentang itu. but still aku jadi segan untuk bersemuka dengan dia. -.-

0 complain(s):