»

Thursday, December 3, 2009

Kota Metropolitan

Bandar Kuala Lumpur. Apa keistimewaannya? Aku pun tak tahu. Mungkin ada, cuma bagi aku setiap negeri ada keistimewaan masing-masing. Tapi aku tak berapa faham. Kenapa ada segelintir orang yang gila seronok excited kalau datang ke Kuala Lumpur ni.

Contoh :
A tinggal di sebuah kawasan yang agak pedalaman. Yang kurang entertainment macam Shopping complex, Wayang, dan lain-lain tempat yang selalunya remaja yang baru gila nak up ni kemaruk sangat nak pergi. Kalau nak pergi berseronok tu, kene travel dalam 2 ke 3 jam untuk sampai destinasi. Ok, ini macam tak jadi hal sangat pun. Yang menjadi persoalannya sekarang. Kenapa Kuala Lumpur?

Status Facebook : "Weyh! Takda ke siapa yang nak bawak aku turun KL. Aku bosan kat rumah ni."
Status Myspace : "Yeay, esok turun KL!"

Ok, Kenapa kalau nak lepak je kene Kuala Lumpur. Pergi jela lepak kat mana-mana pun. Kalau kau enjoy lepak dengan kawan-kawan tu, kat mana-mana pun kau still have fun jugak kan? Ketara sangat kejutan budaya seseorang tu bila sikit-sikit "esok nak turun KL. Lepak-lepak overnight dengan blablabla." "Minggu depan nak g KL lepak kat starbuck. yeay!". Apa masalah manusia-manusia ni pun aku tak tau.

Cool sangat ke melepak sampai 4 5 pagi kat Hartamas Square untuk tengok bola. Sikit-sikit "eh rindu laa nak lepak Hartamas square dengan meon, minah, mamat semua." Sekarang ni bukan kau nak cerita yang kau rindu Meon, Minah dan Mamat. Tapi kau cuma nak bagi tahu satu dunia yang kau pernah la lepak Hartamas Square walaupun kau menetap kat Segamat. Kan? Aku tak tujukan ini untuk sesiapa. But kalau sesiapa ada terasa aku mintak maaf. Aku guna kan Segamat sebab itu je tempat yang aku tahu macam mana keadaan nya. Takde Movie, Shopping Complex yang besar-besar even sebesar Alamanda. Aku belum ada pengalaman pergi ke pedalaman selain Segamat. Aku jadikan Segamat sebagai contoh je.

Itu yang aku sampai sekarang tak faham. Dan yang peliknya, semua  statement annoying tu datang dari orang-orang yang menetap agak dalam-dalam sikit. Aku takda pun tengok orang yang berasal dari Ukay Perdana, KL letak status kat fb "bestnye malam tadi pergi Danau Kota sampai kul 4 pagi." Pernah korang tengok? Ada tak? Kenapa mostly yang batak-batak ni datang dari yang dalam-dalam sikit. Aku ada kawan yang tinggal di Jementah. Segamat la kan. Aku tak pernah pun tengok status fb die "Rindu nak lepak KL." and blablabla. Takda pun kan? Itu beza antara orang yang terkejut kena renjatan budaya dengan yang tak. Walau macam mana ulu pun tempat tinggal dia.

Apa yang ada di KL yang boleh dibanggakan sangat? KLCC? KL Tower? Memang tu bangunan pencakar langit yang teunggul. Tapi bila kau turun KL, ada kau pergi melawat KL Tower? Bukan ke kau habiskan masa melepak kat Mapley je ke?

Boleh kau explain, kenapa kau mudah teruja dengan kota Kuala Lumpur ni? Boleh aku tau, apa lebihnya KL dengan tanah kelahiran kau sendiri?

Aku terlalu muak, jelak tengok status facebook kau yang memuja KL terlampau. Annoying tahu?

0 complain(s):