»

Thursday, October 1, 2009

Random II

.


Aku bukan gadis Gig.
Aku bukan gadis yang menjadikan konsert sebagai entertainment.
Aku tak pernah jejakkan kaki ke Club.
Aku bukan gadis yang memilih apa-apa event atau party sebagai hiburan.
Aku tak merokok.
Aku tak melepak sambil hisap shisha.
Aku tak berpakaian seksi.
Aku tak cool macam orang lain.
Sebab aku tak buat macam orang lain buat.
Aku tak peduli kalau orang kata yang aku ketinggalan zaman
Atau gila tak up-to-date.
Aku tersangat Lame
Tapi itu bukan cara aku.
Dan aku senang dengan itu.

Hidup aku masih dengan gelak ketawa.
Siapa cakap aku tak berseronok dengan kawan-kawan?
Dengan teman istimewa?
Kalau ada yang fikir, mereka silap.
Mungkin kadang-kadang masa tak mengizinkan.
Tapi selalunya, aku masih berpeluang.
Selagi aku belum mati,
Banyak lagi kebahagiaan yang aku perlu nikmati.
Mungkin ada yang fikir aku terlalu duniawi.
Tapi kenapa aku perlu sia-sia kan kebahagiaan yang dah diberi.
Sedangkan tak semua orang ada peluang ini.
Jadi, aku perlu hargai diri.
Lagipun, aku mudah rimas dengan tempat-tempat yang terlalu bising dan ramai orang.
Itu salah satu faktor kenapa aku tak berparty.

Untuk berseronok,
Aku tak perlu konsert, Gig mahupun party.
Cukup dengan menjadi diri sendiri.
Itu sudah memadai.

Aku bukan nak cakap aku tersangat baik.
Sampai pijak semut pun tak mati.
Tak. Itu bukan aku.
Cuma ini pendapat aku tentang diri aku, tentang apa yang aku fikir.
Mungkin ada sesetengah yang fikir
Gig, konsert & party lebih seronok dari apa yang aku fikirkan.
Itu hak mereka. Mereka yang rasa & mereka yang lalui.
Manusia, rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

4 complain(s):

ansaree

hey.. same la kita.. we rule our own world..

saya pun xsuka tempat ramai org..

nurul naziha akma

bebb. i like your post.
we dont have to show to the world how cool we are right.
so what kalu x g konsert kn.
ade jugak my friends nk g konsert la,
gig la.
aduhh bajet bagus..
tension aku..

matahari

amsaree : yup! i agree ;) hehe

jojo : tau xpe. doesn't mean siapa yg pergi konsert or gig je boleh have fun. yang tak pergi pon have fun jugak, but in our own way lah kan?

i am mai

hey, first time kunjung. i like this post. blegh, aku resent setiap kali aku berada dikalangan ramai orang. otak jadi serabut. aku tidak mahu dikenali sebab aku pergi tempat2 cool (yang mungkin biasa je), tapi sebab apa yang aku suka sahaja.