»

Monday, October 12, 2009

Aku pernah mandi cencalok dan belacan. Kau pernah?

Ok, Selamat hari tua Matahari. Sedikit sedih bila mama call and wish Selamat hari jadi malam tadi. :/

Nak tahu? Aku dapat peluang dimandikan oleh kawan-kawan aku dengan air cencalok dan belacan. Kau mahu? Kalau nak, boleh isi form sekarang. Tunggu hari bersejarah kau nanti dan baru kau tahu macam mana busuk bau air tu.

Itulah, degil. Mama dah cakap balik isnin pagi. Tapi aku baik hati la sangat nak jadi student berdedikasi nak jugak-jugak balik Segamat hari ahad. Cari macam-macam alternative even dah tertinggal bus 2.30 pm. Nasib baik kereta Nash masih muat lagi nak sumbat aku yang kurus lagi takda cutting ni. Lain kali, dengar cakap mak. Derhaka tu berdosa. Kan dah tak pasal-pasal aku kene mandi free dengan air azimat. Dengan harapan DL sem ni. Ok, ini dah khurafat.

Sungguh hargai usaha kawan-kawan celebrate hari lahir aku yang ke 20 ni dengan meriah sekali. Satu wing keluar tengok keadaan toilet yang berbau Cencalok dan Belacan. Hey, Jeje. Kau patut bersyukur sebab ada orang yang kena lagi teruk dari kau. Ha-Ha. But it's okay, still have a month to revenge yaw! Bajet-bajet nak tidur lepas settle kan kerja semua. barang dah unpack, baju dah lipat. Bajet-bajet nak pergi kelas costing esok awal, lagi awal dari Tuan Marzuq. But then, ha amek kau. Serangan komunis ni menyebabkan aku kena kerahan tenaga sampai 3 pagi untuk kemas bilik aku. Itu baru 60% kemas ok? And as a result, pagi tu aku tak pergi kelas costing sebab, Heh Tanya pada kawan-kawan yang mendajal aku malam tadi.

I'm so sorry Tuan. Bukan sengaja nak ponteng kelas. Tapi ter-overslept until 8.30 and terasa dah lambat nak pergi kelas so better sambung tidur ;p

Btw, takda gambar sebagai kenangan. Cuma video histeria yang akan di upload kemudian (;

0 complain(s):