»

Tuesday, September 8, 2009

Relief



Ini yang aku rasa sekarang. Lega. Hati senang sikit banding sebelum ni. Tahap stress pun kurang. Kalau malam tadi aku rasa nak terjun dari tingkat dua Kolej Si Manja Kini ni, hari ni aku dah pun boleh berfikir secara rasional. Buat apa terjun. Belum puas enjoy nikmat dunia lagi. Buat apa terjun. Aku belum sepenuhnya bertaubat untuk semua dosa-dosa aku lagi.

Malam semalam otak aku ligat berfikir. Bukan kata malam semalam je, tapi setiap hari. Sampaikan rambut aku gugur hari-hari macam ape je. Kalau kumpul semua rambut tu, boleh buat rambut palsu. Padahal nak sedapkan hati malas pergi buat treatment rambut rosak T__T .

Pagi tadi (isnin) liat sangat nak bangun tidur. Mata macam kena gam. Badan letih sangat sebab tidur pukul 3 pagi demi menyiapkan Slides presentation aku yang dah berminggu tertangguh. Minggu lepas dah la tak pergi langsung kelas BEL. Teruk betul. Lepas buka puasa semalam pergi berhu-ha dengan kawan-kawan kelas karoke sampai terkeluar anak tekak. Masa tu tak ingat kerja, dah balik baru terhegeh-hegeh nak buat. Dah lama tak karoke, gian sudah. Ok Sudah, ini bukan diari ramadhan Matahari nak cerita satu hari di hari ahad Matahari buat apa.

Rasa sangat worth tidur pukul 3 pagi demi BEL dan sambung tidur semula dari pukul 10am ke 12pm hanya untuk BEL. Sebelum pergi kelas, continue lagi mencantikkan slides yang sebenarnya tak cantik sebab kekurangan idea untuk letak isi. Sebelum di condemn too wordy, slide boring, better aku kurangkan perkataan dalam slide. Kalau kene reject, jenuh nak kene ro-do. Aku suka buat presentation individu. Sebab aku takkan hadapi sebarang masalah. Puas hati atau tak tu bergantung pada diri aku sendiri. Sebanyak mana effort aku untuk presentation tu, banyak tu je la yang aku akan dapat kan? Aku kurang gemar bila bekerja dalam kumpulan. Kadang-kadang berkumpulan tu lebih menyusahkan. Bila bahagi-bahagi kan tugas, mungkin ada diantara ahli kumpulan yang buat kerja sambil lewa. (jangan salah faham. Aku tak point ayat ni kepada siapa-siapa) Bila aku tak puas hati dengan hasil kerja mereka, takkan aku nak complain macam-macam kan? Aku bukan lecturer or orang yang gila kuasa yang tahu nak mengarah orang je. Jadi, kat situ aku dah mempunya masalah. Bila kerja tak memenuhi citarasa aku, mulalah aku jadi hilang minat untuk kerja tu. Ini bukan bermaksud aku tak boleh menerima pendapat orang ok? Aku cuma bermasalah dengan orang yang bekerja sambil lewa. Bayangkan, aku hanya perlu tunjuk sekali sahaja slide aku kat lecturer dan terus diterima untuk kerja individu tapi hasil kerja berkumpulan aku terpaksa re-do lebih dari 5 kali. Jadi, mesti faham kenapa aku lebih memilih individu kan? Lebih mudah. Dan aku hanya bertanggungjawab keatas markah untuk diri aku, bukan kawan-kawan aku. Pernah dengar kan kerana nila setitik rosak susu sebelanga? Itu yang aku maksudkan sebenarnya.

2 complain(s):

ansaree

oh.. sekarang mmg musim penyeksaan asignment kan? saya segrup dengan indian 3 org.. boleh x dia suruh saya ngan member sorg buat paper work.. dorang 3 org wat slide show.. sabar.......

matahari

oh really? suka2 je kan. dah la 3 org lepas tu nk buat kerja senang. why not pangkah je ckp dorg. bia dorg buat paper work, korg yg 2 org ni buat slide show.