»

Sunday, September 27, 2009

Bukan homesick tapi holidaysick


Gambar Raya pertama
Cicit Paiman bersama Anaknya.
Paiman tu nama moyang a.k.a ayah kepada atuk aku.
Kesimpulan, darah dalam badan aku ada darah Jawa.
Tapi aku peduli apa?


**mood : Hati meronta-ronta

Oh Hello sekalian.
Dah membuak-buak rasa boring Segamat ni. Padahal belum sampai 2 jam duduk kat sini. Dah rasa boring yang teramat sangat. Sampai je gate besar UiTM ni tadi terus tak senang hati. Tengok Pak guard berdiri angkat tangan, "alahai guard" hati aku mengeluh. Hati panggil "rumah....rumah..." Mood cuti lagi. Takda la mood raya sangat pun sebab raya tahun ni suram muram. Conclusion, raya tak best. Jadi mood cuti sakan lebih menguasai diri. Mood untuk tidur sepanjang hari. Siokk!

Beban semakin bertambah-tambah. Kerja kerja La La, Malas mahu kerja La La. Jujur. Semua assignments yang diberi sebelum cuti tak usik lagi. Jujur. Belum mula belajar Economi untuk test Rabu ni. Jujur. Belum prepare untuk Meeting Bel minggu ni. Conclusion, Diri ni belum bersedia nak melangkah masuk ke kelas & bagi sepenuh perhatian yang selalunya diganggu syaitan bergayut di kelopak mata. Esok kelas pukul 8 pagi. Mampukah aku bangun esok nanti? Serious kemalasan menguasai diri. Em, kita tunggu dan lihat la macam mana nanti.

Dan jujur, aku nak balik rumah lagi hujung minggu ni -___-
Tapi final exam ada beberapa minggu lagi. Macam mana?

0 complain(s):