»

Wednesday, September 9, 2009

Selamat Hari Raya by 4A2.

Eh, Seronok. Plan saje-saje dengan kawan terdekat untuk bukak puasa kat luar. Lepas tu, ajak orang ni, ajak orang tu. Ah, ape lagi. Jom pergi berbuka puasa satu kelas lah. Lagi seronok. Makan macam-macam. Satu kelas pergi, cuma ade seorang dua rakan kelas yang tak dapat join. Ada tanggungjawab masing-masing yang perlu siapkan dulu.

Macam-macam dugaan. Kereta sewa full. Bila dah dapat, dah confirm, tiba-tiba ada masalah pulak. Dugaan bulan puasa kan. Bersabar saja. Pergi dengan 3 kereta. Satu kereta 6 orang. Masa ni baru terasa bersyukur sebab kurus-kurus belaka, jadi muatlah kereta.

"Jangan disangka badan yang kurus tak kuat makan."

Bayangkan saja. Harga 18 orang makan mencecah RM280++ . Semoga murah rezeki tauke kedai tu sebab bagi diskaun sampai RM20. Menu macam-macam. Puas hati kan.

Lepas berbuka & sembahyang dekat Masjid Jamek sebelah tu, langkah kitorang panjang pergi karoke. Ohoi, Gila la. Dah dekat nak raya kan. Jadi mood pun raya-lah jugak! Jom nyanyi lagu raya jom. Jom, Jom, Jom, Jom, Jom (Sebut dalam tone Tuan Marzuq. uuu comel.)

Terlalu seronok tak ingat dunia punya karoke, sampaikan esoknya kelas pukul 8 semua datang lambat. Ha-ha. Dan semua datang kelas dengan mata sembap, ada yang mata susah nak bukak . Kalau boleh nak stand guna batang mancis kelopak mata tu. Badan letih macam baru lepas tuai padi. Tapi kita seronok lah. Jamuan raya nanti kita pergi lagi. awww!

Nanti aku upload gambar pulak ok.

0 complain(s):