»

Monday, September 14, 2009

Balik Kampung by Sudirman



Mood sekarang semua mood nak balik kampung beraya kan? Heh, mestila aku pon sama. Even aku takda kampung, aku tetap nak balik 'kampung' konon-konon jugak. So what kan? Oh, this year first time beraya di Semenyih, rumah atok & nenek tersayang. Confirm rumah tu macam tahu sumbat dah kan. Rindu Shah Alam hoi!! sigh

Lagi seminggu raya. Student kat sini semua dah berangkut beg besar & muka gila excited nak tinggalkan Seggy (nama baru untuk Segamat). And aku pon tak ketinggalan untuk merasai bahang-bahang raya tu. Right after class esok aku pun akan menjadi sebahagian dari budak-budak yang tersenyum lebar jinjit beg besar. Cuma beg aku tak berapa nak besar.

Oh, ahad lepas aku baru dapat titah perintah dari king of kindom. Kakak aku yang merangkap kakak kandung bukan angkat atau tiri cakap (mesti pelik sebab aku ni akan tunggal tapi ada kakak) "Diwajibkan" pulang ke rumah di Jalan Lereng Seksyen 8 Shah Alam pada 26 September 2009 untuk beraya. =.=' Tau nggak aku tak suka? :|


For everybody di jalan raya yang seronok nak balik kampung tu, dinasihatkan supaya berhati-hati semasa memandu, membonceng, menumpang dan lain-lain me-.

Di kesempatan ini (eceh ayat aku nak best je) aku sebagai penulis setia blog ni menyusun sepuluh jari memohon maaf diatas kesilapan, kesalahan, ketelanjuran kata, ke-termaki-an ke-termarah-an ke-teremo-an, ke-ter-buat sakit hati dan ke-ter-buat anda semua menyimpan dendam. Sesungguhnya insan yang lemah ni memang tak boleh berhenti main kejar-kejar dengan kesilapan. Untuk Mak Ayah di kampung, sanak saudara di bumi Malaysia tercinta, LECTURER-LECTURER (paling penting) Rakan taulan dan sesiapa yang mengenali diri ini (kenapa poyo sangat hari ni?) di atas bumi mahupun bawah bumi (ada ke?) Ampun ye semua :)


Semoga syawal kali ini lebih bermakna buat anda semua. Awww gitu.


Selamat menyambut Syawal
Maaf Zahir dan Batin
peace!

0 complain(s):