»

Sunday, August 16, 2009

Terima kasih vice chancelor



2 minggu lepas kot, Semua UiTM student dapat cuti seminggu. Gara - gara H1N1 yang semakin popular sekarang kan. Ramai peminat ok? Jadi, bila dah dapat cuti tiba-tiba dengan rasa girang hati plan macam-macam supaya tak bosan duduk rumah. Seminggu cuti, duit banyak. Mesti la masa untuk berting-tong sakan kan.

Jadi, plan itu ini tiba-tiba dapat idea. Jadi berangkat lah kami-kami ke Sg. Gabai yang dikatakan Sg. Rempit oleh Ajim. Dipersetujui oleh Omar dan juga Khubab. (Cool tak nama korang ada sekali?) Dengan rasa tak segan silu and pedulik apa kan, kami-kami pergi jugak Sg. Rempit itu. Kami tak sesat ok? Oh, just lost sekejap masa nak cari jalan keluar dari rumah Sway nak ke Highway Kajang je ;p

Tapi memang pon ada segelintir group-group motor-motor datang bersama kekasih hati. Ceh, mandi-manda sama-sama. Astaghfirullahal'azim. (Annoying tak bila aku baje alim?) Tapi memang annoying pon mereka tu. Pergi berdua je tu. "Fun" sangat kot? OK, ni dah lari topik.

Jadi, mengikut plan bertolak lah awal pagi dan meronda kat seven eleven untuk cari bahan makanan sebelum lapar. Beli macam-macam. Ikut hawa nafsu betul. Tapi takpe lah. As long as best mandi even sekejap je. Masing-masing semua tak tahan sejuk and menggigil macam duduk dalam rumah salji kat Genting Highland. Almost afternoon tu, golongan-golongan yang tak best dah ramai datang so kitorang pun berangkat pulang. Oleh itu, terima kasih pada VC UiTM yang arahkan semua UiTM cuti seminggu. Diharap, cuti raya kami akan berjalan seperti biasa.

0 complain(s):