»

Wednesday, August 12, 2009

Great in spread the rumours.

Align Center

H1N1 makin hari makin serius. Takdir tuhan, sabtu lepas seorang pelajar B.Acc part 8 Uitm aku telah kembali ke rahmatullah kerana H1N1 ni. Tak terlambat lagi kot nak ucapkan takziah pada ahli keluarga arwah. Al-fatihah.

So sebagai langkah berjaga-jaga, semua student di arahkan untuk mengamalkan langkah-langkah mencegah dari terjebak dengan H1N1 ni. Pakai face mask, cuci tangan bersih-bersih and paling seronok bila sesiapa je yang macam demam, selsema atau batuk-batuk confirm akan dapat mc dari doktor. Oh, seronok gila. Kenapa aku tak berpeluang untuk mc seperti mereka? Oh, taknak. Aku taknak menjadi sebahagian dari orang yang menyebarkan virus tu. Doa dijauhkan la ok? Bila tengok gambar atas tu aku terasa seperti ninja or macam dalam cerita mask rider tu. Lagi-lagi pulak bila majoriti pelajar dalam kelas pakai mask, semua nampak macam cool gila je. Dah jadi macam trend pulak. So kepada blogger-blogger yang gemar buat bisnes, taknak ke korang buat bisnes face mask and sanitizer secara online? Rasanya warga Segamat ni amatlah memerlukan both things tu sebab semua farmasi kat Segamat dah kehabisan stok. Boleh kaya kalau buat bisnes tu. Tak percaya, boleh cuba.

Kecoh pasal H1N1 tu memang tak di nafikan. Tapi kelas masih berjalan seperti biasa. Bila keadaan macam huru-hara macam ni, mula la macam-macam rumours timbul. Uitm kene extend la, kene tutup la, dapat cuti lagi la, kene kuarantin tak boleh keluar campus langsung la. Macam- macam hal. Berita dari pelajar lagi laju dari berita dunia CNN. Dan aku rasa, pelajar-pelajar UiTM memang sangat bagus dalam menyebarkan khabar angin. Tak over kot kalau aku cakap semua berita tu khabar angin sebab, pengarah sendiri belum ada umumkan apa-apa berita so belum tentulah kesahihannya kan? Jadi, kepada semua warga kampus Uitm Segamat berdoalah anda supaya kampus kita ni akan berjalan seperti biasa. Siapa nak kene extend wey? Penat ok dah belajar setengah sem tiba-tiba kene extend. And membazir la segala presentation & Quiz & Test yang aku dah buat. Oh, dan aku kene tunggu lagi dua tahun untuk tamatkan zaman diploma? Oh- itu lagi tidak mungkin ok?

So, bila bukak cerita pasal quiz, test & presentation ni aku baru je selesai dengan test Macroeconomy tadi. Quiz itu sangat memecahkan otak. Tapi nasib baik hati aku ni dapat di sejukkan dengan kehadiran "supernatural". Melimpah ruah idea menggoreng keluar bila masuk-masuk je dewan exam, muka pertama aku nampak adalah mereka. Hehe. Aku perlu lebih bersedia untuk presentation bel esok. Genting oh genting. Jangan spoil kan presentation aku ok? Baju dah ready, slide dah ready, script je tunggang terbalik lagi. Kemalasan untuk hafal la. =.=' But I'll do it right after this. Promise! Eh, eh, aku belum cakap tentang quiz far hari tu kan? Ok, conclusion quiz tersebut ialah "Hello zero!".