»

Tuesday, July 21, 2009

Situasi by Matahari

Situasi 1 ;

Kantoi bodoh tu adalah sesuatu yang amat membodohkan kan? haha- Sumpah tak boleh blah bila terasa diri kantoi bodoh camni. HiHi (T_T)


Situasi 2 ;

Kekeringan poket bila PTPTN cakap duit aku akan di kreditkan seminggu lagi. Sekarang pening duk fikir mana nak cekau duit untuk survive until end of this month. Buku & buku. Yuran & Fees. Makan & makan =.='


Situasi 3 ;

Susulan dari situasi 2. Bila PTPTN masuk hujung bulan ni, aku dah mula fikirkan tentang perbelanjaan tertangguh aku dari sebelum masuk semester lagi. Baju? Beg? Kasut lagi? Oh, teringin nak beli broadband lah. Aku rasa ni one of the reason kenapa PTPTN selalu kreditkan duit aku lambat. Selalu niat tak baik bila dah tau duit berkepuk-kepuk ada dalam bank nanti. (:


Situasi 4 ;

Macam biasa, aku memang selalu serabot fikir pasal orang sampai mood aku pon macam dah tak terurus. Future orang aku yang risau lebih dari tuan badan sedangkan tuan badan sikit tak amek port pasal study dia. Kalau dismissed pon dia boleh redha lagi gamaknya. Tapi aku? Sampai terkena selsema bukan genetik babi akibat dari tekanan jiwa. Better google awal-awal mana hospital jiwa yang paling baik untuk aku. Hopefully ada wifi free and laju. Bukan macam wifi free di UiTM Segamat yang sangat slow macam siput. Mpp, Sila amek tindakan. Eceh poyo je aku ni.


Situasi 5 ;

Oh, bila memikirkan yang aku akan menetap di Segamat ni dekat sebulan mula lah tak tenteram jiwa aku. Terasa nak balik everyweek je. Mula lah rindukan semua yang tersayang & di sayang. Mula lah fikir raya sangat lambat lagi. Bermakna cuti mid term pon jauh lagi. Mula lah fikir macam mana nak tempah baju raya. Padahal baju raya aku dah pon aku pakai pergi kenduri kahwin kakak Jeje hari tu.



Situasi 6 ;

Condition aku untuk hari ni sangat tak memberangsangkan. Entah musim ke ape sekarang ni aku pun tak tahu. Dari semalam aku bersin tak abes-abes dan sentiasa mengeluarkan bunyi comel "hakk-cheww" idaman ramai. Tekak dah payau-payau dan sedikit perit, hidung dah mula melecet di sebabkan selsema bukan genetik babi, and badan dan kepala yang sengal-sengal macam baru lepas kene hentak dekat dinding.Ini mesti kes jangkitan kuman yang merebak. Minggu lepas seorang roommate aku dapat mc sebab demam, maybe lepas ni turn aku pulak kot? Mungkin jugak ni jangkitan melalui telefon oleh Pingu sebab aku ada message die petang semalam. Betul kuat punya connection dengan Pingu sampaikan boleh berjangkit melalui telefon. Cool.


Situasi 7 ;

Minggu kelas dah mula sibuk. Dan mula lah quiz pun sibuk-sibuk nak memunculkan diri, dan assignment dan jugak test yang bakal tergolek-golek depan mata nanti. Quiz Far next week tu dah cukup menggerunkan aku sekarang ni. Aku tak pernah missed any lecture class before but tak tahu dari kutub mana datang lampi aku ni sampaikan satu input Far tu pon aku tak boleh catch up. Far, tolong la. Kau macam dah terlalu Far away dari aku dah ni. Sabar la, ada setahun setengah je lagi, insyaAllah. Lepas tu kau nak Far away dari aku pon suka hati kau lah. Sikit pon aku tak heran. Tapi sekarang ni, tolong la stick with me ALWAYS sebab untuk menjadi ahli club repeaters Far 250 adalah tidak sanggup. Aku takut nanti, reda kes selsema babi, timbul pulak kes sawan babi tak dapat jawab Far. -.-'

btw, Get well soon matahari.

dumbdumb//

2 complain(s):

B.

"Dari semalam aku bersin tak abes-abes dan sentiasa mengeluarkan bunyi comel "hakk-cheww" idaman ramai."

ok, aku rindu hakk chew tu. ngehehe.

matahari

hahahaha. aku tau tuu. ;p rmi yg rindu. (bajet gile)