»

Thursday, June 4, 2009

Obsess

Ini bukan post tentang perasan cantik atau bajet "matahari". Tapi ini berkaitan kehidupan aku. Kalau aku fikir tentang ni, sumpah meremang bulu tengkuk aku. Aku bukan artis antarabangsa yang di gemari ramai. Aku bukan pelakon wanita paling popular berita harian. Aku jugak bukan gadis paling kaya di dunia. Aku tahu, tak semua orang yang kenal aku suka dengan diri dan cara aku sebab aku adalah gadis paling annoying dunia. Serious weyh!

Aku tak pernah terfikir kisah yang berlaku dalam cerita-cerita drama ataupun sinetron akan berlaku keatas aku. Itu menakutkan ok. Boleh bayangkan tak, macam mana rasa bila orang yang kau tak pernah kenal langsung, kau tak pernah tahu kewujudan dia kat dunia ni, dan kau tak pernah jumpa muka dia ataupun yang seiras-iras dia selama 20 tahun kau hidup kat dunia ni terlalu obses dengan diri kau yang langsung takda apa-apa kelebihan. Bukan setakat minat-minat atau suka tapi obses.

Obses dia sampaikan dia stalk perihal diri kau, apa-apa je yang berkaitan diri kau dia boleh tahu, simpan gambar-gambar kau yang tak tahu dia dapat dari mana dan bertanyakan tentang diri kau pada kawan-kawan kau yang kebetulan dia kenal. Aku tak kisah pun kalau seseorang tu nak suka aku atau tak. Apa ada hal kan? Janji tak ganggu aku dan tak datangkan masalah pada aku. Tapi kalau dah sampai stalk aku dari hujung rambut sampai hujung kaki, itu memang scary la kan.

Aku tak pernah berdepan dengan orang macam ni. Selama ni pon tak pernah ada orang yang tangkap cintun kat aku sampai macam ni sekali. Simpan gambar-gambar aku dalam handphone dan computer, buat phone and laptop wallpaper. Kelaka apa buat macam tu. Memang la aku hanya dengar dari mulut kawan-kawan aku jadi tak berapa nak tahu la kebenaran dia macam mana. Kalau kawan-kawan yang aku biasa jumpa, mungkin la ada potensi untuk dia menipu aku dengan cerita telenovela macam tu. Tapi kalau dengan kawan yang dah 3 tahun tak jumpa, tiba-tiba terserempak dengan kau cerita pasal benda tu. Logik ke dia nak menipu? Mana dia tahu tentang semua cerita tu kan.

Aku dah di warned pasal cerita ni beberapa bulan lepas oleh kawan aku. Tapi aku tak ambik pusing sangat sebab aku tak fikirlah pulak sampai jadi macam ni. Mula-mula memang la aku bajet cool je. Tapi sekarang dalam kepala aku beerkecamuk dah fikir macam-macam. Kalau dia jampi gambar aku tu macam mana? Kalau dia jual gambar aku tu macam mana? Memang la kalau dia jual pun confirm tak laku sebab gambar aku takda yang dedah sana tayang sini, tapi itu still gambar aku jugak. Zaman dah berubah, Dunia dah maju. Apa-apa pun boleh ubah edit bagai sekarang.

Mungkin aku tak patut berfikir buruk tentang dia. Mungkin jugak niat dia baik. Tapi memandangkan ada kawan-kawan aku yang dah sarankan supaya avoid dia, so aku pun ikut la nasihat orang yang lebih mengenali dia. Since before kawan-kawan aku advice pon aku tak layan dia, ini pulak lepas kawan-kawan aku cerita tentang dia yang sebenarnya macam mana. Mesti la aku lagi seram. Aku rasa aku patut cari bodyguard untuk aku di Segamat nanti. Jadi takda la aku duk fikir ada senapang gajah yang sedang di acu kat kepala aku dan aku pulak berjalan macam cacing kepanasan kat situ.

4 complain(s):

cik ateen

aiiiyooo..
sape yg obeses ngn nko tu echa??
gler laa..
xbole bla..
oit..
wish ko gdluck taw utk result nnt..
aku dah confius sgt2 ni bla laa result kuar..
lantak laa..
mishh u chacha..
;))

zeera

sape you?
gila scary ada stalker

matahari

ateen > agk laaxley blaa kan. takot pun ade jugak. haih. oh, gudluck too utk ko.

zeera > sgt scaryy la you. kite xtau sape die but die keep watching kite dr jauh. eeww!

SaiyidahAisyah

wowooo. sumpah sangat takut ok, erkkk.

take care echa.