»

Friday, June 12, 2009

Mood







Ye,itulah ekspressi muka yang paling tepat untuk aku sekarang. Sebab setelah berminggu-minggu aku berhempas pulas melawan resah hati ketakutan, akhirnya semua penantian aku terjawab jugak. Hari tu aku cuak fikirkan result kolej dan jugak result final exam aku untuk semester lepas. Tapi hari ni aku telah senyum lebar sebab nak tayang besi aku yang entah berapa lama lagi boleh hidup kat gigi aku ni. Aku suka senyum nampak pagar warna warni aku yang tersusun rapi di gigi ni. Siapa yang tak suka, sila tutup mata.

Oke, aku bukan saja-saja nak tayang pagar warna warni yang berharga ribuan ringgit ni. (setakat bayar ribu-ribu ansuran tiap bulan dah nak berlagak eh ecah?! Duit mak kau pulak tu!) Aku sebenarnya tersenyum girang sebab aku dah tak perlu resah gelisah fikirkan jawapan-jawapan antik dari uitm ni. Semalam result final dah keluar. Walaupun tak sebagus target aku awal sem dulu, tapi boleh blah la jugak kan. Cukup la untuk aku makan satu sem. Dan tadi pulak setelah 2 minggu tanpa henti aku try check jawapan permohonan kolej finally, definitely and after all (aku suka cakap ayat ni dan akan cakap sampai aku jemu.) aku diterima masuk sebagai siswi bertauliah semula. Mau aku maki hamun upk kolej kalau aku tak dapat kolej semester ni. Sampai nak tercabut tulang pinggang aku pergi aktiviti atas tanah, atas tar, atas dataran semua tiba-tiba tak dapat kolej. Memang la cari nahas upk tu kan.

Jadi, sekarang ni aku kena berhempas pulas untuk kemas barang-barang untuk aku balik kolej rabu depan. Goodbye for one week only! Aku perlu berjuang demi nagara di hatiku. Puas aku fikir apa nak bawak, apa tak perlu bawak since aku hanya limit satu beg tarik bersize medium untuk dibawa. Aku naik bus, bukan naik kapal selam.
  • Seluar Track + Long sleeve shirt (Sebab dalam Uitm tapi pening nak bawak banyak mana, tp berapa helai?)
  • Sport shoes untuk aktiviti panjat gunung kinabalu (Gunung Kinabalu takde dalam tentatif program)
  • Cadar (Kain batik mak aku dah memadai untuk jadi alas selama seminggu kot?)
  • Bantal (cukup sekadar bantal wangi aku berwarna pink.)
  • Selipar jamban, toiletries, dan segala peralatan yang melibatkan toilet.
  • Baju cantik (untuk kekal "matahari" untuk pergi lawatan entah kat mana dan buat apa bersama kasut yang baru seminggu lepas aku beli.)
  • Telekung dan segala neka yang digunakan untuk menambah iman didada.
  • aku dah tak tahu nak bawak apa lagi dan aku sangat benci kalau dah sampai sana macam-macam benda aku tinggal.
Ini antara sebab-sebab aku tak suka pack barang untuk pergi mana-mana vacation atau trip sebab aku akan rasa ini kena bawak, itu kena bawak dan aku selalu fikir nak bawak semua khazanah, almari, penyangkut baju dalam bilik aku tu, baru aku puas hati. Blerghh!

//Mak aku dah suruh tidur memandangkan esok nak jadi family ceria breakfast bersama kat mana-mana mapley terdekat untuk makan roti canai bersama atuk dan nenek aku. CERIA.

1 complain(s):

cik ateen

ecah thniah..
jumpe sem dpn..
ntah kolej mne n blik mne laa kite dpt ekh..
huhuhu