»

Tuesday, June 30, 2009

Angkat Lima Puteri

Tak tau nak mula ayat macam mana. Tapi entry yang terlalu panjang kali ni is about OPKIM yang aku join masa seminggu aku hilang dari alam maya ni. Opkim, salah satu program yang wajib ikut masa program pertukaran budaya intergrasi nasional UiTM Johor, Melaka, Terengganu, Kelantan, Sabah && Perlis. Pagi before bertolak ke felda tu, tuhan je yang tau macam mana aku rasa. Kalau lah aku ni boleh berubah jadi transformers, dah lama aku menapak balik KL eh bukan, balik Serdang jalan kaki.

Aku tak rasa la aku seorang je yang rasa macam tu. Aku boleh jamin 1/4 dari peserta yang pergi tu mesti rasa macam taknak join opkim ni. Sebabnya, kitorang ni kena dibahagikan kepada 5 orang setiap rumah and setiap rumah tu takkan ada adik beradik angkat yang dari satu UiTM. Means, setiap rumah akan ada yang dari Melaka, Terengganu and so on. And it feels like, GRR takda kawan and confirm macam tak fun gila sebab kena seperate kan. Lepas tu, imagine pulak kita kene tinggal dekat rumah orang yang kita baru je kenal 10 minit lepas bersama siblings lain yang kita tak pernah ada connection langsung. Gila kosong.

But actually, memang tu pon mission opkim ni. Dia buat sebab nak create relationship among students and family angkat tu sendiri. So xdela racist between kampus kan. Every body get to know their housemates and family angkat masing-masing pun after perasmian kat Felda. Sumpah nervous gila masa tu since tak tau lagi muka-muka mana yang bakal tinggal serumah dengan aku. Macam nak tunggu result final exam.

That time serious aku plastik gila. Bila nama kena panggil hati dah tak tentu arah dah since housemates yang lain semua macam tak-best-gila je. Jalan konon cool pergi depan & salam parents angkat and duduk kat kerusi balik. By the time mc sebut nama pelajar-pelajar lain, aku dah totally lupa mana satu muka parents angkat aku. Riuh satu dewan bila masing-masing sibuk cari parents and sesi kenal adik beradik then nak angkat beg yang besar dan berat seperti seludup masuk orang utan untuk pergi ke kereta pulak. Silap aku la sebab plastik masa tu. Sampai kan aku tak tau yang mana satu parents angkat aku. Aku just tau 2 daripada 4 orang housemates. So, pergi dekat diorang and buat muka tebal tanya "mana satu parents angkat kita tadi eh? Lupa la." Memang aku slumber je cakap sebab memang no idea gile yang mana satu. Sangat ramai ok orang masa tu. Dah macam sesi menyambut anak-anak balik dari perang.

Bila dah tau yang mana satu, kitorang pon di bawak balik kerumah since petang nanti pulak ada next aktiviti which is LDK dengan pelajar tahun 5 & 6 sekolah rendah. Masa dalam bus aku fikir, felda ni still macam dulu or dah maju? Aku tak pernah balik kampung sebab aku takda kampung jadi aku tak berapa pasti dengan pembangunan dekat kampung-kampung ni macam mana. Masa dalam perjalanan aku duk fikir toilet rumah tu nanti dekat dalam or lua? Kene ke mandi air perigi sambil berkemban macam dulu? Tapi sekarang dah maju. Tak mungkin jugak penduduk tu nak buat macam tu.

Itula, lain kali jangan judge buku tu dari kulit luar je. Serious aku terkejut tengok rumah parents angkat aku ni. Besar die dah macam besar court futsal. Campak buang sofa, meja makan, tv semua sure dah boleh main futsal dalam rumah tu. Luas, cantik, toilet bukan satu tapi tiga. Satu toilet die bersamaan 2 toilet rumah aku. Imagine macam mana besar. Boleh letak 2 bath tub kot? Bila perabot kurang, rumah nampak sangat luas and sangat menarik. Rumah colour pink tu, jangan main-main. Kalah nursery sebelah rumah aku ni. Sekarang boleh tengok. Sebenarnya orang kampung lagi kaya dari orang bandar. So orang-orang sekelian, tak payah la nak dok bangga sangat awak tu duduk KL. Bekejar berlari sebenarnya sama je pon.

Ini part kelakar. Parents angkat kitorang panggil Abah && Mak. (I wish I can have a complete parents like this) Since petang tu ada aktiviti, supposed parents angkat masing-masing la perlu hantar dan ambik kitorang dari aktiviti kan. Abah aku takde kereta. He just own motorcycle. Then die tanye siapa antara kitorang yang reti bawak motor. Then kitorang serentak cakap "mane retii." Abah & mak gelak terus bile kitorang cakap macam tu. Darurat plus taknak susahkan abah, so kena la menapak. Sangat jauh ok? Tak macam lebih 4km pulak then dengan jalan berbukit-bukit. Serious belum start aktiviti aku dah peluh-peluh. Bila dah penat menapak, alamatnya orang lain sibuk berLDK aku pulak sibuk berkipas kepanasan la kan. Nasib baik cuaca pon tak berapa panas. Matahari tau jugak kesiankan aku sebenarnya. Petang tu, balik nasib baik boleh tumpang Nai. Nai bawak van ayah angkat dia. Dia la yang aku cakap bawak van sampai 2 driver. Badan kering macam aku, larat pulak nak pusing stereng van tu. Larat jerit macam maknyah jela semua dalam tu.

Seronok kat sana bila mulut kau ditadah setiap masa dengan makanan je. Pagi, tengahari, petang, malam, lewat malam. Memang tak berhenti dengan makan-makan-makan. Aku sampai hilang suara sebab makan durian & manggis terlalu banyak. Dari dulu kurang makan durian terus jadi suka sangat durian. Durjana sungguh. Nasib baik tak demam. Seronok bila kene layan macam permaisuri macam tu. Malam semua tidur kat ruang tamu. Bentang tilam then berderet tidur macam mangsa banjir. Tapi bukan kitorang berlima je, kakak-kakak pon tidur sekali. Abah dengan mak ada 2 orang anak perempuan yang tinggal sekali. Kak Siti & Kak Suzy. So everything keperluan kitorang, kakak yang akan siapkan. Baju kakak basuh, sidai, lipat. Makan suma kakak yang masak, sediakan. Since kitorang sibuk dengan aktiviti semua, tak dapat la nak buat everything untuk diri sendiri.

Bila dah hari terakhir kat situ, rasa sedih gila pulak nak balik. Ceh! Padahal baru 2 malam tidur sana. Punya la masa sebelum datang tu siap nak tukar jadi transformer menapak balik Serdang, ni bila dah suruh balik sedih-sedih pulak. HEHE mestilah sedih. Even kitorang ni cuma anak angkat je pon, diorang still treat kitorang macam anak sendiri. Masa aku tak balik makan tengahari sebab sibuk dekat dewan, 3-4 kali abah ulang alik datang nak ambik aku, suruh balik mandi, makan. Sanggup dia datang jemput then hantar balik naik motor tengahari terik masa tu. Bukan aku sorang, tapi lima-lima anak angkat dia ni. Abah keluar pagi-pagi pergi kebun untuk cari buah manggis, durian untuk kitorang. Sebab sampai-sampai je rumah masa mula-mula datang tu ada housmates sorang tanya kan pasal buah. Sanggup abah pergi dusun tu untuk penuhkan kerenah kitorang ni. Terharu gila. Baru tau betapa seronoknya kalau ada ayah. Dan yang paling oenting, pertama kali aku wish father's day selama 20 tahun aku hidup sebab esok tu adalah hari bapa. Oh, emo pulak. HAHA

Hari nak balik hari yang agak sedih. Percaya atau tidak? Berjurai-jurai air yang keluar dari mata aku ni sebab sedih sangat. Padahal bukan tak boleh jumpa lagi pon. Since felda tu area Segamat jugak. 45 minute kot dari Uitm. Apehal tah emo terlampau sangat. HEHE. Memang tak boleh lupa && Akan ingat sampai bila-bila.


0 complain(s):