»

Friday, May 8, 2009

Perompak! Jangan ganggu meja study aku!



Ini lah yang akan terjadi kepada kehidupan aku di minggu-minggu final. Hidup tak terurus langasung. Tengok saje lah keadaan meja aku (gambar diatas adalah selepas aku membuat clearance bilik), segala khazanah-khazanah aku bersepah macam baru lepas kene rompak. Sememangnya aku tak suka belajar di ats katil sebab aura katil tu akan memanggil-manggil aku tidur. Percaya atau tidak, aku mampu tidur lebih dari 12 jam sehari kalau takde sebarang gangguan luar. Jadi, meja belajar aku adalah mangsa utama rompakan berlaku. Bila nak final, 1 jam yang pertama je aku rasa masa itu emas. Selebihnya, aku mula menerawang buat kerja-kerja yang aku rasa lagi penting dari final. Pergi dining beli lunch la, nak makan la, lap meja la and entah apa-apa lagi yang aku buat. Mase time tak start study taknak pun buat semua tu. Kalau dah setiap kali laptop aku ter-on sewaktu belajar, tentulah konsentrasi aku diganggu dengan aura-aura movie yang dah lebih 10x aku tengok sepanjang 3 semester. Kalau kat rumah, sumpah nama movie tu pon aku tak lalu nak pandang.

Lihat sendiri la betapa tekunnya aku belajar, sampai tak sanggup tinggalkan meja lama-lama. Tak jugak penah-penah DL aku ni. Balik dari dining terus bukak polisterin dan makan kat meja study tu jugak. Sampai bersememeh segala makanan-makanan aku. Dan bukti yang aku tak berhenti belajar walaupun semasa makan ialah, buku aku yang habis comot dengan minyak-minyak lauk akibat dari percikan lauk ayam yang gila sedap-nak-mati. Aku rasa, aku tak boleh hidup tanpa meja study tu lah. Ape je pun yang aku buat mesti nak jugak duduk kat kerusi-tak-berapa-nak empuk malah tersangat keras tu. Sampai sakit-sakit pinggang aku bila punggung aku digam tanpa boleh berganjak walau seinci. Itu ketara ke-tipuan-nya.

Untuk next semester, aku harapkan Uitm boleh provide kerusi yang lebih selesa dan empuk supaya aku tak perlu lagi susah-susah naik ke katil untuk tidur. Boleh makan, tidur, charging fon sambil duduk dikerusi empuk tanpa sakit-sakit badan lagi. Isma mesti setuju sebab die tak perlu lagi tekan belakang badan aku sambil gelak-gelak sebab dengar krookk-kreekk bunyi tulang-tulang reput aku yang dahagakan susu penguat tulang.

Aku rasa, sebelum aku demand mintak macam-macam facilities dari Uitm aku patut berdoa banyak-banyak supaya next semester aku dapat duduk kolej. Ouh so-rindu kat kolej (bodek sikit). En.UPK bayangkan lah, macam mana saya nak hidup tanpa meja study saya yang tersayang tu walaupun setiap malam saya harus berperang dengan cicak man-woman yang sesuka hati membuang najis berat hari-hari?

0 complain(s):