»

Thursday, May 28, 2009

Kisah 2008, lenyap di 2009

Kalau dulu aku sedih dia datang hiburkan aku.
Kalau dulu aku menangis, dia datang tenangkan aku.

Sewaktu aku memikul sejuta beban dahulu,
Dia menolong aku meringankan bahu.
Masih ingat cerita Myvi?
Dia yang beruasaha kuat supaya aku move on.

Masa dulu, aku kongsikan luahan hidup aku bersama dia.
Masa dulu, aku berkongsi masalah aku bersama dia.
tentu sekali tentang cinta.
Sehingga dia menjadi mangsa keadaan terima makian.
Maaf, aku tak pernah bermaksud bergitu.

Boleh di kata, tiada langsung rahsia antara aku dan dia.
Begitu juga dia.
Masih lagi aku simpan mms yang dia hantar pada aku.
Ketika itu dia sakit gigi.
Bertampal di kepala dan rahang kirinya koyok.
Nak meringankan sakit barangkali.
Kami rapat,

Tapi hanya dulu.


Sekarang,dia punya buah hati.
Syukur, akhirnya.
Walaupun ia tanpa pengetahuan aku,
Mungkin aku tidak berada dalam senarai yang istimewa untuk ketahui berita gembira itu.
Tetapi aku tetap tumpang gembira.
Insyaallah, berpanjangan la mereka berdua.

Aku tak berani tanggung risiko.
Aku tak mahu kalau satu hari nanti,
Aku dijadikan punca pergaduhan dua hati.
Bukan aku tak pernah mengalamnya sebelum ni.
Oh- aku bukan pengganggu hubungan orang kerana aku sendiri punyai hubungan untuk di jaga.
Jadi, mungkin aku tak dapat menjadi serapat dahulu.
Sebab kedua-duanya kawan yang dulu bersama aku ketika aku dirundung hiba.
Untuk kehilangan keduanya, adalah sesuatu yang mustahil bagi aku.
Maaf dari aku.
Untuk kamu.
Di tahun dua kosong kosong sembilan.

0 complain(s):