»

Wednesday, May 13, 2009

Boojabeeboo


**Sukehati aku lah aku nak minat LiYana Jasmay ke apa.
Aku tak ganggu hidup orang lain. Korang tak suke, itu korang punya pasal.
Bukan masalah aku!**

Entry ini tak akan ada kaitan dengan cerita atau gossip-gossip terbaru Liyana Jasmay pun. Aku bukan seorang pengikut gossip-gossip artis sebab mostly dunia artis hanya akan menjadi matahari menghangatkan suasana dengan cerita yang sama setiap hari, minggu, bulan dan tahun. Semestinya aku bosan mendengar cerita yang berulang kali disebut-sebut. Aku terlalu suka dan taksub dengan kecomelan wajah Liyana Jasmay ni. "Kalau-lah aku secantik Liyana Jasmay....." Ok, aku patut ingat nasihat Belle dalam comment status facebook aku. "BESYUKO! BESYUKO!." Ye, aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang (termasuk kau-tahu-siapa-kau) and aku taknak menjadi seperti Liyana Jasmay. Aku adalah matahari yang gila cool gitu.

Aku seronok dengan kehidupan cool aku macam ni. (Walaupun orang tak pernah cakap aku cool, matilah aku nak rasa aku cool pon.) Tak dapat aku bayangkan macam mana kalau aku menjadi seperti si A. (bukan nama sebenar) Temper dia je ya ampun, kalah orang menopause. Aku tak tahu la kalau die ada penyakit yang effect dia period 365 hari setahun kalah perempuan normal ke sampaikan tak pernah ada hari yang die tak moody. MAcam Katy Perry cakap "PMS, Like a bitch."

Pernah suatu ketika dia muhasabah diri kenapa life dia tak pernah nak indah seperti life orang lain? Katanya, terima kasih untuk semua yang mengenali diri atas segala musibah bala bencana yang datang bagaikan dah jatuh ditimpa tangga. Sebenanrnya, dia tak habis muhasabah diri lagi tu. Sebab tu dia still blame people around diatas segala kebangsatan yang terjadi keatas dia.

Dia patut sedar segala Tsunami yang hari-hari melanda hidup dia tu datang dari dia sendiri. Kalau dia tak busy body menyibuk mengambil tahu hal orang, life dia takkan sekusut ni. And kalau dia stop making something yang boleh buat orang sakit hati, percentage dia untuk menjadi gila pon ada kemungkinan untuk kurang. Macam mana hidup dia tak serabut. Satu hari, carutan dia lebih banyak dari ketinggian (dalam cm) diri dia sendiri. Ada sahaja manusia yang dia gila tak puas hati nak mati. Ada sahaja manusia yang bagi dia perlu dihentak kuat dengan batu sampai mati baru dia puas hati.

Orang psycho macam dia memang susah nak predict. Sound orang get a life && whatever, tapi dia sendiri tak pernah get her own life. Kesian kan? Kutuk orang lain macam-macam. Cakap si B tak move on bla bla bla. Sedangkan pada hakikatnya, dia sendiri yang tak pernah nak move on. Boleh difikir guna otak la. Kalau kita dah totally move on, what for kite kesah tentang apa yang jadi kat orang tu lagi kan? Unless kita memang tak boleh lupa orang tu sampai mati. Pendek kan ayat still tak move on la kan. Bila Si C pulak sakit sebab revenge dari orang lain. Dia yang takda kaitan dalam kisah benar pun turut mencarut, maki, menghina && meraikan kemenangan sama. Aduhai. Kesian tengok orang macam dia. Dia terlalu tak boleh menerima kenyataan yang dia sebenarnya tewas di gelanggang permainan dia sendiri. Tapi cerita permainan dia dah pun tamat, Dahulu.

Kasihan. Malaysia sepatutnya melahirkan ramai doktor-doktor sakit jiwa yang mampu merawat penyakit kronik macam ni. Mungkin kalau effect pada dia tak berapa kisah sangat pun. Tapi effect pada orang lain yang gila tak bersalah yang terpaksa menadah telinga && manatang bijik mata dengan kerenah dan sikap manusia-manusia menopause seperti Si A. Kalau lah aku ni pakai contact Lens macam Belle, sure Lens aku ni boleh melekat dalam bijik mata aku ni sebab melihat kerenah orang tak cukup akal macam dia kan? Bahaha. Boojabeeboo!



0 complain(s):