»

Wednesday, April 22, 2009

Selamat datang Seribu Ringgit

Aku tak tahu bala apa yang dah menimpa diri aku ni.
Sumpah aku sakit jiwa gila minggu ni.

*aku tak tahu kenapa sekarang aku kerap menggunakan perkataan sumpah

Back to the main topic.
Aku ni bagaikan dah jatuh ditimpa lagi tangga dan bumbung rumah.
Disebabkan oleh keadaan ekonomi yang sangat meleset sekarang, makan pun tak tentu.
Aku tak tahu bank mana yang aku patut pecah masuk untuk mendapatkan wang berjumlah seribu ringgit bila aku cuti sem nanti.
Mesti pelik kenapa seribu je?
Sebab amount tu je yang aku perlu.

Semalam aku dah fikir ayat apa aku nak bagi kat mama untuk mintak handphone baru.
Aku sendiri takde idea nak bodek mama ape kali ni so that aku boleh menggantikan phone aku yang sekarang ni dah macam rupa handphone mainan.
*Sekarang baru aku nak mengeluh kenapa aku ade mama je. Orang lain boleh mintak kat ayah jugak. -__-"
Hancur berderai keypad aku.
Calar sana sini, pecah sana sini, retak sana sini tu dah macam corak baru telefon bimbit.
Aku mungkin perlu sugar daddy untuk sponsor aku.
*ok- itu sundal namanya.

Hari ni ditambah lagi malang aku yang lain.
Mp3 aku yang merupakan nyawa aku ni tibe-tibe rosak.
Entah ape kene die hari ni, datang bulan ke, menapouse ke aku pon tak tahu.
Tak boleh on. Bile cucuk kat laptop pon still takde pape perubahan.
Supposed keluar la word "charging" kan.
Teramat sedih dengan kematian mp3 aku hari ni.
Lebih menyedihkan lagi bile mp3 tu beli guna duit sendiri.
Gile terasa kehilangan.
*Baru faham yang mama cakap susah cari duit

Handphone. Mp3.
Dua-dua penting dalam hidup aku.
Dua-dua aku nak.
Kalau takde dua-dua aku mungkin boleh dimasukkan kedalam ICU.
Caution : Bukan ICU Uitm Segamat.
Ade tak siapa-siapa yang nak hadiahkan aku phone sony ericcson model paling latest dan mp3 samsung?
*aku tahu aku terlalu demand.
Aku harap ada.
Sebab aku amat memerlukan kedua-duanya sekarang.

Sumpah aku sangat sakit hati dengan tangga dan bumbung rumah yang menimpa aku.
Ditambah lagi dengan perkataan "padan la muka" bila aku mengadu domba mp3 aku rosak.
Terima kasih banyak-banyak. Lepas ni aku tak mengadu domba dah.

Terima kasih kepada choclate black forest yang menemani aku malam ni.
Nasib kau ada.
Dan kepada internet, aku tak tahu ape masalah ko malam ni bergerak slow kalah siput sedut.
Terima kasih kepada siput sedut.

**aku rasa niat aku untuk menghabiskan masa dengan sia-sia cuti nanti terpaksa dibatalkan. Aku perlu cari kerja so that aku boleh beli mp3 secepat mungkin.

Sumpah aku malas gile nak kerja -_____-

P/s : Aku patut berhenti sebut sumpah sebelum sumpah tu makan diri aku balik.
Sumpah bangang aku ni. shit.

0 complain(s):