»

Wednesday, April 22, 2009

Ini mungkin bahana dia

Ketika ini, aku amat memerlukan sesuatu.

Sesuatu yang boleh diisi ke dalam perut aku.

Sesuatu yang memboleh kan mulut aku diam dari terus merungut.

Sesuatu yang boleh menutup mulutku dari meraung kelaparan.

Semua tenaga yang aku peroleh tengahari tadi di dining telah hilang.

Kerana setengah dari hari aku, aku habiskan dengan beradu.

Beradu yang tak aman bila pili bomba di wing aku terbukak secara tiba-tiba.

Aku dikejutkan dengan percikan air yang keluar dari pili dan itu sangat lah menyakitkan hati.

Durjana sungguh engkau wahai pili bomba.

Tak senangkah engkau melihat si matahari yang tak cukup tidur ini beradu dengan nyenyak?

Memang pada mulanya aku terfikirkan aku sedang bermimpi indah.

Sedang bersiram di tepi air terjun yang bunyi nya mampu menenggelamkan suara-suara manusia.

Terima kasih kepada pili bomba yang telah menipu aku dengan angan-angan kosong dikala hari panas terik.

Aku tergelak kecil bila aku disamakan dengan wanita yang bergelar mama. Sumpah bukan mak aku ok.

Aku hanya berkata “Takpela. Boleh cuba kat paper lain.” Aku rasa hanya itu sahaja kata semangat yang aku mampu bagi pada seseorang yang aku betul-betul meletakkan harapan keatas bahunya. (ini tak tipu ok)

Dan tak semena-mena kata-kata aku itu telah sama seperti kata-kata yang diberikan oleh wanita bergelar mama. Aku digelakkan. Tapi kesah pulak aku.

Itu bermakna, Aku sudah mempunya naluri keibuan. Jika satu hari nanti aku mempunyai anak. Semestinya aku adalah ibu yang paling mithali didunia. Ok! Itu sangat annoying untuk diperkatakan sekarang.

Aku masih lagi memerlukan masa untuk menonton wayang bersama kawan-kawan dan orang tersayang. Aku masih lagi ingin menghabiskan masa-masa aku dengan melepak berjimba-jimba menghilangkan segala tekanan. Dan aku masih lagi belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai permaisuri keluarga yang terpaksa duduk dirumah memasak, dan melakukan kerja-kerja rumah. Aku teringatkan novel The Necklace. Serious aku dapat menjiwai kepenatan perah keringat macamtu.

Dan yang paling utama, aku terlalu muda untuk itu. Disaat ini, aku teringatkan seorang kawan di sekolah teknik aku dahulu yang kini sudah berumah tangga 2 tahun lepas mungkin. Kali terakhir aku dengar tentangnya, dia sudahpun melahirkan seorang puteri. Bagaimanakah kehidupannya sekarang? Penat seperti dalam novel The Necklace tu ke?

0 complain(s):