»

Tuesday, April 21, 2009

Berhenti Berkejaran

Oh tidak. Aku seperti robot yang kehabisan bateri yang mana tak mampu untuk berbuat apa-apa. Aku masih ada 2 hari lagi untuk paper aku yang pertama, Ya kawan-kawan baru yang PERTAMA. Tapi otak aku nampaknya menjadi jammed bile terlalu banyak input aku masukkan secara paksaan. Aku ingat bila buat persediaan awal bagus untuk aku, tapi ternyata ade kesalahan teknikal sedikit di situ. Persediaan awal membuatkan aku lebih tertekan dan menaikkan semangat kemalasan aku untuk tidur sepanjang hari seperti yang aku buat final-final sebelum ni.

Target aku untuk sem ni terlalu tinggi mungkin. Sumpah aku tak percaya ini aku. Kalau 2 final sebelum ni aku hanya memerah keringat ketika paper tinggal lagi 2 hari, tapi untuk sem kali ni, aku bersedia seminggu lebih awal. Dan yang paling menakjubkan, aku menghabiskan setengah hari aku setiap hari di tempat lepak paling menarik iaitu Perpustakaan Tun Dr. Ismail. Kenapa aku begini? Mama, mama patut berbangga dengan Aisy.

Badan aku dah terlampau-lampau letih. Perut aku tak berhenti memekik melolong meminta disumbatkan makanan walaupun baru setengah jam sebelum tu aku menyumbat beberapa kalori makanan. Stok makanan yang mama belikan untuk aku pun dah tinggal setengah. Sedangkan aku ada lebih kurang 2 minggu lagi untuk hidup di dunia final ni. Mungkinkah dalam masa dua minggu ni akan terpampang di muka surat depan berita harian yang seorang pelajar siswi UiTM Segamat mati kebuluran di minggu peperiksaan akhir? Perut, tolong jangan buat hal.
Aku dah letih. Dari pukul 8 mlm tadi aku tidur dan sekarang menunjukkan angka hamper ke jam 12 malam. Aku letih berlari-lari anak mengejar mood aku yang sepatutnya aku ikat dengan tulang 4 kerat aku ni dari awal lagi. Tolong lah mood. Aku perlu habiskan Ctu dan Law ni secepat mungkin. Jangan la nak bermanja-manja berkejaran dengan aku lagi. Aku letih.

0 complain(s):