»

Thursday, December 18, 2008

Selamat pagi rumah

Jam Menunjukkan pukul 7.15 pagi. Ha. Aku tau mesti semua yang bace ni cakap "Gile awal echa bangun hari ni." Ye. Memang sangat awal. Pukul 6.25 pagi dah terbukak biji mata aku ni melihat dunia. Belle, fana, Jangan cakap aku excited nak keluar hari ni okea? Tung-tang, Tung-tang aku dengar bunyi pintu almari di bukak, kemudian ditutup. Alahai, gile menganggu tidur betul. Kemudian dengar maid aku pulak bising-bising. Tanye mama hari ni nak masak ape. Huwarghhh! Wahai bunyi-bunyi di rumah bernombor 32. Tahukan anda aku tidur pukul 3.30 pagi td. baru 2 jam lebih aku tidur. Kenape la kau menganggu tidur aku wahai bunyi-bunyi.

Elok dah takde bunyi aku tenang la sikit. Boleh la sambung tidur. Kononnye la dengan harapan nak sambung tidur. Tapi mama pulak tengah siap-siap nak ke Mesyuarat Parlimen hari ni. So aku kene la dengar bunyi hair dryer,bunyi mama panaskan enjin kereta kat luar. Lepas tu bibik aku pulak "mama, kucing yang kelabu tu sakit." Haih kalau die dah bersuara memang aku takkan dapat tutup mate la kan. Suara die tu bagaikan trompet yang mengejutkan orang bangun tidur je aku rase. Die berdiri di pintu bilik mama. Bawak pulak kucing yang satu lagi. Aku berselubung dalam selimut sebab lampu terang. Jadi Silau. Dengan Best nye kucing yang bibik tu bawak masuk lompat atas aku. Demmmmmmm! Echa memang sangat disayangi kucing. And Echa sangat lah "sayang" pada kucing. Aku dah jerit-jerit mintak mama turunkan dari katil. Ciss! Mama gelakkan aku je lagi ade lah. Aku bukan la seorang yang penakut kucing. Cume geli je sebab kucing tu kotor kot. Bibik aku bukan la hari-hari mandikan die pon.
Sakit jela jiwa aku pagi-pagi ni. Bibik beritahu aku hari ni die nak masak udang. Cehh! Dan-dan aku nak keluar la baru nak masak sedap-sedap. Semalam aku satu hari, eh tak. Kelmarin aku seharian di rumah bukan main simple lagi die masak kan. hush! aku cakap tak payah masak awal-awal sebab aku nak keluar hari ni. So no point pon die masak awal-awal. Takde siape pon nak makan nanti. Kebiasaannye bibik aku ni, lepas mak aku balik kerja baru die makan. Apehal tah.

Ye, aku nak keluar hari ni. Tapi tidur aku dah diganggu. Aku hanye ade tak sampai pon 3 jam untuk tidur balik memandangkan janji melayu aku dengan Belle pukul 11pg. So around 9 tu aku dah kene la bangun kan. Jangan tanye kenapa kalau aku sangat mengantuk dalam movie nanti la kan. Satu masalah aku ialah tabiat aku lepas bangun je dari tidur, perut aku akan lapar gile-gile. Okea, memang la aku ni tak pernah pon kenyang tapi bile lepas bangun tidur tu perut aku kosong lain macam. Walaupun kebiasaannye sebelum aku tidur aku mesti akan makan nasi dulu. Tak kira la 3-4 pagi ke. Janji perut berisi. Baru la aku tidur dengan aman. Hari ni tak berapa nak aman tidur aku. Macam-macam gangguan la pulak. Aku perlu ganti tidur aku ni balik. That means aku kene tidur balik sekarang. Ouh yea, dari malam tadi aku cari baju tak jumpe untuk dipakai hari ni. Mane tah pergi. Lantak la kan. Pakai jela ape yang ade pon. Nanti aku tanye bibik sure bibik tolong carikan. hehe

OFF to sleep ;)

1 complain(s):

cik ateen

hahahaha..
mmg ko excited pown nk bngon awl..
tapii gler awl beb..
hahahaha..
enjoy ur self today..
dah pg pown ko..
hahahhaha
how today??
tell me!!!