»

Wednesday, December 3, 2008

Besar sangat cakap

Sikap sesetengah orang yang buat aku tak suke. Cakap besar sangat. Konon nye die la yang terbaik. Kalau takde die, hancur lah dunia ni. Hebat sangat lah gamaknye. Ape sebab nak bangge diri sangat pon tak tau. Dapat ape je pon kalau bangge-bangge diri ni. Buat orang menyampah je nak kawan.

Ade jugak sesetengah kenalan kau macam tu. Cerita nak lebat je. Takde sape boleh tandingi die. Hello, Tuhan cipta manusia ni sume same je tau. Masing-masing ade kekurangan dan kelebihan masing-masing. And yang penting kite ni hidup saling bergantung antara satu sama lain. Aku paling pantang kalau tengah cerita-cerita tibe-tibe respon die nak menunjukkan yang die lagi bagus. Sebagai contoh. Aku ni sangat lemah dalam matematik. So aku pon macam merungut la kan "aku tak boleh bawak la math ni. susah sangat." pastu respon dari die "ala, math takde susah pon. Aku kalau jawab math tuh kejap je. Selalu jadi orang first kuar dewan." Yang aku tak paham nye kat sini kenapa die nak kene bangge-bangge menjadi orang terawal keluar dewan peperiksaan? Just bagi some advice cakap subject tu senang kalau aku banyak buat latihan ke ape dah la kan? Perlu ke nak bagi tau aku pasal bende yang takde kaitan dengan subject tu?

Aku ade je jumpe orang camni. Elok-elok aku okea berkawan dengan die, jadi aku naik menyampah dengan die. Bukan sebab aku prejudis atau pun dengki dengan kepandaian die. Tapi, bagi aku orang yang suke menunjuk die hebat ni hanya orang yang looser je. Sebab orang sekeliling tak nampak yang die hebat, sebab tu kene canang satu kampung. Same jugak la macam orang yang cakap tak serupa bikin ni. Nasihat orang lain tentang pelajaran berbakul-bakul. Tapi diri sendiri bersepah lagi. Subject gagal lagi bersepah dari orang yang die nasihat kan.

Aku tak paham, kenapa perlu cakap besar. Terasa nak bagi je tapak kasut size 10 aku ni kat muke diorang yang suke cakap besar tu. Tuhan marah orang bongkak dan angkuh ni. Takde sape nak tau tentang kehebatan seseorang tu melainkan orang tu sendiri tanye. Kalau orang tanye baru la menunjukkan orang tu interested kan? Dan aku jugak selalu terasa nak sound je orang yang bercakap die lah paling hebat. Tapi fikr die kenalan aku. So tak sampai hati la. Bila lah agaknye orang yang angkuh lagi bongkak ni nak sedar diri. Aku tak larat dah nak buat senyum palsu depan diorang lagi. And aku jugak tak larat nak bagi respon "ouh yeke?" lagi kat dorang. Please please please siape yang berkenaan, manusia boleh berubah kalau die betul-betul inginkan perubahan kan. Aku bukan nak cakap yang aku ni perfect tak pernah buat silap. Aku pon manusia. Tak boleh lari dari kesilapan. And aku tak kisah kalau orang sekeliling bagi komen tentang diri aku. Aku terima asalkan boleh merubah aku menjadi yang lebih baik :) but please. jangan tanye bile aku nak tukar imej bertudung. Belum sampai mase lagi. Bukan sebab aku tanak menerima perubahan kearah bertudung. Tapi aku taknak, memperlekehkan arahan menutup aurat tu. Hati aku belum betul-betul bersih, dan aku belum betul-betul ade keinginan ke arah tu. Yelah, pakai tudung, tapi baju menampakkan susuk badan buat pe kan? Aku jugak tanak jadi macam sesetengah orang. Dua alam. Kejap pakai, kejap bukak. Menutup aurat bukan sesuatu yang boleh main-main kot. And bagi aku, seseorang tu perlu betul-betul ikhlas bile bertudung. Bukan atas dasar paksaan or suke-suke ikut trend.