»

Thursday, December 4, 2008

Adoi mama.

Aku dalam bilik mama meng-online-kan diri. Biasa la kalau cuti macam ni. Duduk dalam bilik, dengan air-cond memang tak berapa nak bosan. Lepas makan, macam biasa mama akan masuk bilik untuk siap-siap mandi memandangkan dah nak maghri

Aku : Ma, Aisy lapa la.
Mama : Tadi keluar dengan Belle tak makan ke? Tu nasi ade atas meja. Pergi la makan.
Aku : Dah makan masa keluar tadi. Makan nasi ayam kat KLCC. Lepas tu mase on the way balik singgah Cendol kat depan McD tu pulak.
Mama : (beristighfar) Anak aku ni. Tak pernah kenyang ke? Tadi baru makan ni lapar jugak lagi? Jage la sikit makan tu Aisy. Tengok badan pon dah naik dah. (sambil picit-picit lengan tangan aku).
Aisy : Nak buat macam mane. Dah Aisy lapa. Lagi pon xtau buat ape. Makan je lah.
Mama : Nanti dah gemok baru tau. Baju Aisy dah la semua kecik-kecik. Jeans pon dah ade yang tak muat.
Aisy : Tak pe la. Nanti bonus tengah bulan ni boleh gune buat beli baju baru untuk Aisy :D
Mama : (beristighfar lagi sekali) Menyesal mama cakap macam tu.
Aisy : (gelak besar)

Haha. Ade jugak orang yang perasan tentang kenaikan berat badan aku ni. Tadi mase tengok balik gambar dalam camera Belle pon nampak badan aku berisi sikit dari dulu. Puas hati dah la macam ni. Aku bukan tak hargai ape yang tuhan dah bagi. Cume, aku rase kadang-kadang manusia pon perlukan perubahan jugak kan? (ecehh!)

Kelakar jugak mama aku ni bile aku sebut tentang beli baju baru. Atau erti kata lain, shopping. Tapi die tau. Aku ni jenis cakap je lebih. Die tau aku takkan mintak duit dari die kalau aku nak membeli sesuatu tu. Die hanye bagi aku duit belanja bulan-bulan. Dari situ aku kene pandai la menyimpan. Tak sampai hati jugak aku nak mintak duit kat mama sebab nak pergi enjoy dengan kawan punye pasal. Tapi tipulah kalau aku cakap tak pernah mintak. Kalau dah terdesak sangat tu, aku mintak kan jugak.

"Ma, 10hb nak ber-vacation bersama belle. Rm150 please?"
AKu confirm migrain mama akan menyerang sampai seminggu. :p

1 complain(s):

cik ateen

oit..
gak r..badan ko dah berisi ckit dowhh..
1 prbhn tu..
tgk gmbr ko pkai bju coklat kat zoo tu..
kat ctu ak dah nmpk dah..
tahniah chacha!!!
tapii jgn gmok sgt..nnt ak xknl plk..
hihihii;)