»

Monday, November 30, 2015

To the first man of my life.....

Assalamualaikum Ayah. 

Introducing you your newborn grandchild. She's 3 month & 21 days old today.

She's so cute and cheeky like me (I guess) but she looks exactly like me when I was a baby. 

Alfatihah, Ayah.


Thursday, August 27, 2015

19 days old Little Angel

Alhamdulillah. 

Little Angel is 19 days old today. As she is tightly sleeping now, I'm looking at her face. :') 

Manja Ibu. Kesayangan Ibu. 

Lydia dah 19 days kena Jaundice. It's prolonged Jaundice. Entah bila nak baik kuning nya. Macam mavam usaha petua dah kitorang husband & wife cuba. Tapi belum nampak kurang nya. 

Risau juga.

Isnin lepas, Lydia kena refer to hospital Serdang. Untuk ambik darah & urine. 

Waktu tu baru faham macam mana perasaan seorang Ibu. 

Dengar anak menangis kuat dalam bilik procedure sebab kena injection untuk ambik darah dekat tangan dia, air mata ibu ni terus bergenang macam boleh rasa sakit anak tu macam mana. 

Sayu sangat. Kesian Lydia. 

Hari hari doa Lydia cepat baik. Cepat turun dan sihat kuning nya. 

Can't explain how much I love my Little Angel, Lydia. 

Cepat baik ya sayang! 


Lydia Izara
19 days old.

Tuesday, August 25, 2015

Allah Maha Besar

Allahu.

Besar sangat kuasa Allah. Tinggi kasih sayang Dia pada aku, umatNya.

Syukur. Terlalu berterima kasih dan bersyukur. Bila Allah permudahkan urusanku melahirkan cahaya pertama.

Tak sangka. Tak dijangka.

Hari hari Ibu dengan Ayah pujuk Lydia untuk lahir cepat.
Hari hari Ibu doa semoga Lydia cepat cepat keluar. Sebab Ayah dgn Ibu tak sabar nak tengok Lydia.
Allah yang Maha Mengasihani tu makbulkan doa Ibu bila Lydia selamat dilahirkan 4 hari awal dari tarikh EDD.
I'm so grateful, Lydia is safely delivered. Walaupun sakit nya Allah je yang tahu.

Tapi semuanya di permudahkan sebab sakit contraction tak lama. Even waktu nak meneran tu rasa letih dan takda tenaga sebab belum breakfast, Alhamdulillah dengan kekuatan dan sokongan dari suami dekat sebelah, dengan doa dan pertolongan dari Allah Lydia selamat dilahirkan 11.11 pagi 9 August 2015.

Gembira nya tak terkata.


Nur Lydia Izara Muhammad Syazreen
11.11am
9/8/2015

Thursday, August 6, 2015

Kekasih baru.

Asyik hiatus je kan?

I have eager to write but, got no time to spend. 


Nak tahu? Sekarang tengah menghitung hari kelahiran puteri aku yang pertama. MasyaAllah, tak sabar dan bahagia nya rasa. 


Tak sabar nak peluk nak cium dia. Terlupa langsung tentang morning sickness yang terlampau masa first trimester haritu. Dah tak peduli bila orang kata bersalin tu sakit macam nak tercabut nyawa. All I know now is tak sabar nya nak jumpa darah daging aku!



Semoga di permudahkan segala urusan aku dalam melahirkan. Semoga sihat sejahtera, sempurna fizikal paras rupa, cerdik akalnya, di panjangkan umurnya untuk sentiasa berjodoh dengan ibu bapanya, dan semoga penyeri rumahtangga ini akan menjadi anak yang solehah buat ibu dan ayah. 



Excited. Susah nak gambar. 7 hari lagi EDD. 


Dia, cepat la keluar. Ibu tak sabar nak jumpa Dia. 

Friday, February 6, 2015

Bahagia kan?

Alhamdulillah. Syukur pada Allah dengan segala yang Dia kurniakan. Untuk kebahagiaan & kesederhanaan hidup. Untuk setiap kasih sayang yang di terima & setiap limpahan rezeki yang di beri. Tak pernah terbayang, ini yang akan aku lalui sekarang. Syukur pada Allah yang tak putus memberi. Kalau nak di banding bakti aku pada Dia, tak layak sebenarnya untuk aku peroleh semua ni. 



Punya suami. Yang pejam celik dah nak dekat 100 hari kami bergelar suami isteri. 


Dan yang paling membahagiakan kami.
Allah kurniakan kami rezeki zuriat yang dah aku kandung kan 13 minggu.  


Jujur nya rasa tak sabar. Tapi dalam hati ada sedikit gentar. 

Aku redha dengan dugaan Allah beri sekarang ni. Selera makan di tarik sementara, berat badan susut, wajah kusam tak bermaya. Apetah lagi badan yang langsung tiada tenaga. 


Tapi, Allah itu Maha Adil. Mungkin hari ni alahan mengandung buat aku rasa terbeban. Siapa tahu kalau nanti anak yang lahir tu Allah jadikan anak yang soleh untuk ibu bapanya. Kan? 



Percaya dengan setiap apa Allah beri. Setiap rezeki Allah tulis. Walaupun macam susah nya nak percaya dah kahwin bakal jadi ibu pulak tu. Tapi gembiranya, alahai.